Harian Metro

Koleksi palet warna terbaru

-

Urban Living -

Warna Inspirasi

Bandar besar di dunia seperti Tokyo, Miami atau Stockholm penuh dengan inspirasi dan menampilka­n pemandanga­n kota sarat teknologi, reka bentuk menarik serta menenangka­n. Jadi palet Urban Living diilhamkan daripada bandar mewah dengan latar landskap papan iklan dan lampu elektrik menemukan teknologi yang berkembang, percetakan tiga dimensi

(3D) serta reka bentuk menarik. Jotun mengubah persepsi menggunaka­n palet warna canggih yang membolehka­n anda merasai kehidupan bandar besar dan kreatif dalam rumah sendiri.

Selaras dengan itu,

Jotun mencipta reka bentuk elegan merah jambu sesuai untuk dinding serasi menerusi warna hijau tumbuh-tumbuhan. Keindahan merah jambu Jotun Delightful Pink dan Jotun Deco Pink adalah jenama terbaru dari berpadanan dengan hijau Jotun Pale Green dan Jotun Evergreen atau Jotun Dusty Red dan Jotun Velvet Grey. Continenta­l Living - Warna Tenaga

Melalui pengembara­an, pelbagai ilmu dan budaya berbeza dapat dipelajari serta hasilnya ruang kediaman dapat diserikan dengan kenangan yang dibawa pulang dalam bentuk cenderamat­a. Kunjungan ke Marakesh dan Istanbul umpamanya sinonim dengan bau rempah memenuhi jalan dan warna bumi sebahagian daripada estetika negara itu. Warna hangat yang membentuk palet warna kehidupan Continenta­l Living adalah latar belakang sempurna untuk pengalaman berkenaan.

Palet berkenaan menampilka­n merah bata termasuk Jotun Heat, Jotun Kilim dan Jotun Dusty Purple serta kuning keperangan Jotun Dijon Yellow dan Jotun Olive Brown.

Continenta­l Living juga sesuai dengan warna vintaj khazanah pelanconga­n dan perabot lembut kerana rona warna hangat itu mampu menzahirka­n rumah dengan sentuhan peribadi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia