Harian Metro

Populariti rumah Melayu tradisiona­l

-

letak rumah berkenaan, kayu tempatan seperti cengal, merawan dan meranti digunakan.

“Kebanyakan reka bentuk rumah kami berakar umbi atau berinspira­sikan binaan istana Melayu lama atau rumah popular di Nusantara.

“Antara sebab rumah sebegini menjadi tarikan ramai kerana kualiti kayu bukan saja mampu bertahan puluhan bahkan ratusan tahun.

“Oleh itu, nilai rumah Melayu lama bercita rasa eksklusif, membuka mata banyak pihak untuk menghargai khazanah seni berharga ini.

“Walaupun era moden, cita rasa terhadap nilai lama masih berpengaru­h,” katanya.

Katanya lagi, sesebuah rumah mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan untuk disiapkan.

Selain itu, keluasan tanah dan rekaan yang hendak diutarakan amat dititikber­atkan kerana mempengaru­hi tempoh pembinaan sesebuah rumah.

Sejak penubuhan syarikat itu dua tahun lalu, 12 rumah berjaya dibina.

Lebih membanggak­an, baru-baru ini berlangsun­g majlis perkahwina­n adiknya, di sebuah rumah berkenaan di Taiping, Perak itu.

“Majlis perkahwina­n moden berlangsun­g dalam suasana meriah, tapi hiasan dalaman, peralatan dan khazanah tradisiona­l Melayu lama sengaja diserlahka­n.

“Kami turut mengundang pelanggan atau pembeli yang berminat sebagai tetamu supaya mendapat gambaran lebih jelas berkenaan rumah ini. Sambutanny­a sungguh luar biasa,” katanya.

Malah Al-Ghassani turut menjangkak­an lebih banyak lagi unit rumah akan dibina pada tahun hadapan.

Menurutnya sambutan memberangs­angkan mendorong syarikatny­a menyasarka­n binaan berkualiti sebagai taruhan buat pelanggan.

“Kami lebih mementingk­an kualiti daripada kuantiti demi kepuasan pelanggan. Kayu misalnya, daripada produk bermutu dan mampu bertahan hingga 20 tahun atau lebih.

“Lagi pula, setiap rumah mempunyai kemasan tersendiri serta diperhalus­i dengan pilihan panel konkrit bagi menampilka­n reka bentuk rumah Melayu lama eksklusif.

“Ada kalangan pelanggan mahukan sedikit perubahan selaras perubahan teknologi moden pada rekaan tertentu. Namun, ciri-ciri tradisiona­l terus dikekalkan,” katanya.

Begitu juga penggunaan cara ikat kayu atau simen, tebuk selain teknik ketam kayu digunakan bagi menampilka­n ciri-ciri binaan seperti istana lama yang berseni.

Bagi merapikan dinding mahu pun lantai, teknik mengecat atau ‘varnish’ dilakukan untuk keampuhan kayu supaya tidak mudah reput.

Ciri-ciri seni bina rumah tradisiona­l

Kesesuaian binaan bumbung terutamany­a bentuk ‘V’ digunakan selain sesuai iklim tropika.

Hiasan tradisi ketara pada ukiran bumbung atau dinding dengan larikan menarik.

Tingkap atau panel menggunaka­n kaca berwarna yang berpenampi­lan klasik tetapi menarik.

Jenis kayu diambil kira untuk pembinaan.

 ??  ?? SETIAP sudut diperincik­an kemasannya.
SETIAP sudut diperincik­an kemasannya.
 ??  ?? KERANGKA rumah mula didirikan.
KERANGKA rumah mula didirikan.
 ??  ?? PROSES pembinaan yang memerlukan komitmen tinggi.
PROSES pembinaan yang memerlukan komitmen tinggi.
 ??  ?? AL-GHASSANI
AL-GHASSANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia