Harian Metro

Rumah suku kaum di Sabah

Rumah Bisaya dibahagi 4 bahagian utama iaitu ambir, saliuan, lamin dan serambi

- Minggu depan: Rumah tradisiona­l Sarawak

Sabah kaya dengan kepelbagai­an suku kaum dan pembinaan rumah turut dipengaruh­i elemen tertentu. Rumah panjang suku Rungus dan Murut mempunyai ruang seakanakan bilik untuk keluarga atau upacara tradisi suku kaum itu.

Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti rumah Bajau di Kota Belud dan rumah Banggi di Pulau Balambanga­n, rumah buluh di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan Tuaran.

Rumah Bisaya umpamanya membabitka­n komuniti Bisaya yang kebanyakan­nya menetap di daerah Beaufort dan Kuala Penyu.

Mereka terkenal sebagai pengusaha sagu tradisiona­l. Rumah tradisi mereka dikenali sebagai walai yang biasanya diperbuat daripada tumbuhan termasuk dinding, pintu dan rangka sementara rotan dijadikan material pengikat.

Rumah Bisaya dibahagi kepada empat bahagian utama iaitu ambir, saliuan, lamin dan serambi. Ambir paling hadapan berfungsi sebagai serambi terbuka untuk menyambut tetamu, tempat bersantai dan membuat kerja-kerja harian.

Bahagian berdinding di dalam rumah pula dikenali sebagai saliuan. Ia berfungsi sebagai ruang keluarga untuk berhimpun, berehat dan mengalu-alu tetamu yang bertandang.

Antara dapur terdapat laluan bersebelah­an dengan saliuan, iaitu bahagian tempat tidur yang dipanggil sebagai lamin. Bersebelah­annya pula adalah dapur yang dipanggil serambi, kebiasaaan­nya terletak di bahagian belakang yang berfungsi sebagai ruang untuk memasak dan tempat makan.

Sementara rumah Iranum pula terdapat tiga jenis. Pantaran berfungsi sebagai tempat berehat, kalaan sawalai sebagai bilik tidur tetamu dan untuk tetamu bertandang, pagigahan pula bilik tidur untuk ibu bapa, sementara angkap adalah bilik tidur anak perempuan.

Ruang kusina berfungsi sebagai tempat memasak, menyimpan makanan dan tempat menjamu selera. Ruang bawah kolong atau lebih dikenali sebagai taguwalai bagi orang Iranun terletak di bawah rumah berfungsi sebagai tempat menyimpan kayu api.

Tidak ketinggala­n terdapat enam jenis rumah atau dipanggil lamin oleh suku kaum Dusun Lotud. Lamin terdiri daripada lamin kopio, sulapsulap (pondok), tinupak, pinopintod, kinubu dan tanaru.

Struktur rumah suku kaum Dusun Lotud terdiri daripada enam bahagian iaitu soliu, soriba, rapuhan, kawas, pantaran dan tilud.

Soliu atau ruang tamu berfungsi sebagai tempat perbincang­an, perjumpaan dan upacara adat. Soriba atau ruang di bahagian bawah juga digunakan sebagai tempat tidur untuk tetamu.

Rapuhan berfungsi sebagai dapur dan terbahagi kepada salahan dan pahah untuk mengeringk­an daging. Kawasan yang dipisahkan oleh dinding adalah tempat tidur anak perempuan yang belum berkahwin.

Pantaran pula ruang laluan dan menyimpan bekas simpanan air untuk membasuh kaki serta tangan sebelum masuk ke dalam rumah. Tilud adalah ruang untuk menyimpan padi dan produk pertanian.

Selain itu terdapat juga rumah Palaok @ Bajau Laut Sabah, rumah panjang Rungus Sabah, rumah suluk Sabah, rumah bambu Kadazan Sabah.

 ??  ?? RUMAH Bisaya
RUMAH Bisaya
 ??  ?? RUMAH Lotud
RUMAH Lotud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia