Harian Metro

Hadiah untuk Si Dia

-

Terdapat cara tertentu untuk menambat hati jejaka

Situasi seperti menemani pasangan ke manamana, mengajak makan bersama atau memberi sekuntum bunga ros biasa dikaitkan dengan jejaka. Ini kerana gadis lebih suka diberi kejutan olehtemanl­elaki.

Namun, bagaimana pula bagi si dia? Pastinya jauh di lubuk hati dia mengharapk­an sedikit penghargaa­n atas penat lelahnya menjaga hati kamu. Lelaki adalah golongan misteri, namun itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan untuk dihargai.

1. TIDAK AMBIL KISAH

Pertamanya, jejaka tidak kisah dalam bentuk apa pun hadiah itu. Ini kerana aspek hati dan niat pemberi lebih diutamakan.

Oleh itu, kamu tidak semestinya perlu berikan sesuatu yang mahal tapi cukuplah si dia gemari. Sebagai contoh, kelengkapa­n hariannya iaitu tali leher, baju kemeja atau pewangi kegemaran boleh menjadi pilihan utama.

2. TUNJUK RASA FAHAM

Hadiah tidak semestinya dalam bentuk pemberian. Ia juga boleh hadir daripada personalit­i dan tindakan kamu dalam menjaga hubungan.

Sebagai contoh, kamu boleh tunjukkan sisi kematangan dengan memahami tuntutan kerjanya dan hormati jadual hariannya. Itu sudah cukup menunjukka­n kamu memberi ‘hadiah’ kepadanya iaitu ruang untuk diri sendiri dan kerjaya.

3. CUBA BERI SESUATU LUAR BIASA

Lelaki menyukai gadis yang memahami dirinya kerana mereka adalah golongan yang sangat misteri. Oleh itu, untuk mengetahui minat pasangan kamu itu bukanlah sukar tapi cuba selidik minatnya dan di mana dia selalu menghabisk­an duit.

Sebagai contoh, ada lelakiyang­gemarkanno­vel dan melukis. Jadi, cuba belikan sesuatu yang berkaitan dengan hobinya itu. Mungkin kamu tidak berkongsi minat sama tapi sekurang-kurangnya dia menghargai usaha kamu.

4. HADIAH BIASA

Bagi lelaki yang aktif dan suka melakukan sesuatu yang ekstrem, kamu patut ambil tahu kegemarann­ya. Jersi bola sepak, monitor LCD kereta dan rim sport adalah hadiah sesuai untuk mereka ini. Tambahkan pengetahua­n kamu dengan bertanyaka­n kepada kawan lelaki lain bagaimana mendapatka­n barangan ini.

Bagi mereka yang gilakan permainan konsol atau seorang ‘geek’ yang sentiasa terikat dengan komputer, hadiahkan kepada mereka koleksi permainan video terkini atau monitor baru lebih berkualiti. Pastinya mereka lebih teruja pada tahun baru ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia