Harian Metro

CURAH BAKTI DI MALDIVES

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Seramai 19 penuntut Management and Science University (MSU) dibawa ke Maldives di Asia Selatan bertujuan mendedahka­n mereka dengan aktiviti berbentuk global dan khidmat komuniti, barubaru ini.

Program dipanggil IMS Meducation Tour 2016 edisi ke-10 ini antara aktiviti mobiliti yang dirancang menerusi Global Mobility Programme (GLP) bagi memperkuku­hkan ilmu pengetahua­n, jaringan rakan baru, memperkasa­kan kemahiran insaniah dan semangat sukarelawa­n.

IMS Meducation Tour 2016 selama lima hari itu disertai penuntut MSU daripada bidang berbeza seperti perubatan, sains perubatan, farmasi dan sains forensik diiringi lima alumni perubatan serta seorang pensyarah.

Pengarah Program, Nabil Aiman Noor Adnan, 23, berkata, ketika di Maldives penuntut MSU menjalanka­n dua aktiviti berbeza iaitu khidmat komuniti bersama penduduk dan lawatan ke universiti tempatan Maldives.

“Sepanjang lawatan di Maldives, kami melakukan pelbagai aktiviti berkonsepk­an khidmat komuniti seperti pembersiha­n pantai, kunjungan ke rumah anak yatim dan pemeriksaa­n kesihatan untuk penduduk sekitar.

“Kehadiran kami di Pulau Maafushi bagi aktiviti pembersiha­n pantai dan pemeriksaa­n kesihatan oleh alumni perubatan MSU disambut baik oleh penduduk tempatan dan mereka turut sama turun padang membantu kami.

“Selain itu, kami berpeluang berkunjung ke rumah anak yatim Fiyavathi Hiya, Hulhumale yang baru ditubuhkan pada 17 Februari 2016 oleh Emiriyah Arab Bersatu. Penghuniny­a yang berumur sembilan tahun dan ke bawah diberi sumbangan barang keperluan seperti buku, pensel warna, buku lukisan dan barang permainan yang diagihkan oleh peserta.

“Manakala kunjungan ke Maldives National University (MNU) turut memberi pengalaman bermakna untuk peserta. Peluang berkunjung ke Fakulti Sains Kesihatan MNU membolehka­n kami berkongsi ilmu pengetahua­n dari segi pendidikan tinggi serta kaedah pembelajar­an dan pengajaran di Maldives serta Malaysia.

“Menerusi program ini, kami diberi pendekatan baru mengenai kepentinga­n aktiviti mobiliti dalam membentuk pelajar yang holistik. Ia seperti nilai tambah dalam memperkuku­hkan aspek kemahiran insaniah pelajar memandangk­an keseluruha­n perjalanan program mengikut perancanga­n peserta sendiri

“Diharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk memberi pengalaman berbeza kepada penuntut lain yang belum berkesempa­tan merasainya,” katanya.

Laksana khidmat komuniti bersama penduduk dan lawatan ke universiti tempatan

 ??  ??
 ??  ?? KUNJUNGAN peserta ke Maldives National University.
KUNJUNGAN peserta ke Maldives National University.
 ??  ?? PESERTA mengutip sampah di kawasan
Pulau Maafushi.
PESERTA mengutip sampah di kawasan Pulau Maafushi.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N kesihatan percuma dari alumni perubatan MSU.
PEMERIKSAA­N kesihatan percuma dari alumni perubatan MSU.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia