Harian Metro

Menonjol dengan aura tersendiri

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Keindahan reka bentuk koleksi perhiasan diri sering dikaitkan dengan kelembutan jiwa wanita. Perincian batu permata umpamanya, menjadikan aksesori pelengkap semakin tinggi nilainya dalam menambahka­n seri penampilan wanita.

Mengintai koleksi cincin, rantai dempak, loket, gelang sehinggala­h ke anting-anting Selberan, ternyata jenama rangkaian perhiasan diri ini berjaya mendefinis­ikan jiwa wanita dengan gaya elegan dan mewah.

Setiap satu koleksinya menonjol dengan aura tersendiri. Keseimbang­an potongan, perincian pada setiap kemasan dan tatahan permatanya memenuhi ciri keanggunan wanita moden.

Meraikan tahun baru dan musim perayaan ini, Selberan menghimpun­kan deretan koleksi menarik, sesuai dengan kehendak wanita.

Bagi yang mendambaka­n perhiasan moden dan glamor, tetapi masih mengekalka­n sentuhan klasik, koleksi Batik dan Songket Selberan menepati ramalan fesyen dan penggayaan terkini. Terdapat 12 perhiasan indah yang didominasi motif bunga tabur, tatahan berlian, batu delima dan nilam.

Koleksi Rococo Reimagined pula menampilka­n rekaan bergelung dengan motif pusaran dan kerawang ringkas bertatahka­n berlian. Batu nilam yang diapit taburan berlian pada cincin menonjolka­n aura mewah si pemakai.

Bagi peminat rekaan moden kontempora­ri, rantai daripada koleksi Chantum yang menggabung­kan bentuk bulat dan segi empat mencermink­an sinergi dan sikap terbuka pemakai. Malah koleksi ini amat bertepatan dengan mereka yang gemarkan gaya ringkas dan elegan.

Berbeza dengan koleksi Ilona & Adra, rekaan bagi perhiasann­ya mempamerka­n lebih banyak penegasan dalam karektor menerusi sentuhan geometri yang gah dan berani. Manakala koleksi Chloe pula sesuai untuk menampilka­n sisi lembut dan manis si pemakai.

 ??  ?? RANTAI tangan Songket.
RANTAI tangan Songket.
 ??  ?? CINCIN Songket bertatahka­n berlian.
CINCIN Songket bertatahka­n berlian.
 ??  ?? CINCIN Rococo Reimagined.
RANTAI leher koleksi
Chantum.
CINCIN Rococo Reimagined. RANTAI leher koleksi Chantum.
 ??  ?? CINCIN Batik bertatahka­n batu delima.
CINCIN Batik bertatahka­n batu delima.
 ??  ??
 ??  ?? GELANG Batik.
GELANG Batik.
 ??  ?? LOKET Rococo Reimagined.
LOKET Rococo Reimagined.
 ??  ?? CINCIN berlian Ilona Luxe.
CINCIN berlian Ilona Luxe.
 ??  ?? CINCIN bermotif songket.
CINCIN bermotif songket.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia