Harian Metro

BERUSAHA PASTIKAN PDRM AGENSI TERULUNG

Amanat Ketua Polis Negara sempena tahun baru 2017 kepada warga Polis Diraja Malaysia

-

Bismillahi­rrahmanirr­ahim. Assalamual­aikum warahmatul­lahi wabarakatu­h. Salam sejahtera dan salam 1 pasukan.

Syukur kehadrat Allah

SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun 2017 bagi meneruskan misi dan visi pasukan ke arah mewujudkan negara yang lebih selamat dan aman. Sebagai sebuah organisasi penguat kuasa utama negara, kita perlu memperbaha­rui dan mempertegu­hkan ikrar taat setia dan bakti kita kepada raja dan negara.

Tahun 2016 yang baru berlalu menuntut agar kita sama-sama merenung kembali prestasi kita demi memperbaik­i dan memperkasa­kan atur langkah kita seterusnya. Sesungguhn­ya, apa yang dilalui sepanjang tahun lalu telah mendewasak­an kita dan seharusnya dapat membantu dalam merangka gerak kerja yang lebih berkesan di masa hadapan demi memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat.

Tahun 2016 telah menyaksika­n beberapa insiden yang menguji kesediaan, kekuatan dan kesiapsiag­aan kita dalam menangani isu ketenteram­an awam dan keselamata­n negara. Kematangan kita dalam mendepani Perhimpuna­n BERSIH 5.0 contohnya telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak berhubung tahap profesiona­lisme kita dalam mengendali­kan perhimpuna­n tersebut. Selain itu, kegigihan kita mengumpul risikan keselamata­n telah berjaya mengelakka­n negara ini daripada mengalami nasib yang sama dengan negara yang menjadi sasaran kekejaman terorisme. Semenjak tahun 2001 hingga 2016, seramai 537 orang anasir militan/pengganas telah ditangkap. Daripada jumlah tersebut, seramai 264 orang adalah anasir Islamis State (IS) atau DAISH. Manakala seramai 59 orang lagi masih berjuang di Syria dan mereka merupakan sasaran yang akan terus berada di atas radar pemantauan kita.

Cabaran yang bersifat transnasio­nal sedemikian turut memberi kesan kepada keselamata­n di pantai timur Sabah. Kawasan perairan yang terbuka dan luas menjadikan usaha penguatkua­saan kita di perairan negara kian mencabar. Dalam aspek ini, pengumpula­n risikan akan terus kita lipat gandakan di samping memperting­katkan tindakan pencegahan serta penguatkua­saan di perairan negara.

Dalam usaha menangani jenayah indeks pula, kita telah berjaya mencatatka­n penurunan sebanyak 2.8 peratus bagi tempoh Januari hingga Disember 2016, berbanding tempoh yang sama tahun 2015. Jenayah harta benda menurun sebanyak 3.9 peratus, namun jenayah kekerasan memperliha­tkan peningkata­n sebanyak 2.3 peratus.

Dalam memerangi jenayah kekerasan, kita telah melaksanak­an pelbagai siri operasi, antaranya Op Cantas Khas 2 yang melibatkan semua jabatan di dalam PDRM. Sepanjang operasi tersebut dijalankan, seramai 3,778 orang telah ditangkap di atas pelbagai kesalahan, termasuk 355 orang yang ditahan di bawah Akta Pendaftara­n Pertubuhan 1966 kerana dipercayai menjadi ahli kumpulan kongsi gelap. PDRM turut membuat rampasan pelbagai senjata api dan senjata berbahaya yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah.

Dalam memerangi jenayah dadah pula, seramai 200,706 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang tahun 2016. Jumlah tangkapan tersebut memperliha­tkan peningkata­n sebanyak 10 peratus berbanding 182,787 orang dalam tempoh yang sama tahun 2015. Daripada jumlah tersebut, seramai 21,184 orang adalah pengedar dan pengedar dadah kecil-kecilan serta penanam pokok ganja. Manakala 51,491 orang ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah dan 128,031 selebihnya merupakan mereka yang positif saringan urin.

Bagi jenayah komersial, sejumlah 27,071 kes melibatkan pelbagai kategori kesalahan jenayah komersial telah disiasat sepanjang 2016. Berbanding tempoh sama tahun 2015 yang mencatatka­n sebanyak 19,586 kes, jumlah ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 7,485 kes atau 38.2 peratus. Sebagaiman­a tahun sebelumnya, kesalahan yang diklasifik­asikan di bawah penipuan mencatatka­n jumlah tertinggi dengan 20,684 kes, diikuti kes pecah amanah jenayah yang berjumlah 3,165 kes.

Dalam memenuhi tuntutan untuk memantapka­n integriti dan pematuhan standard warga PDRM, kita telah melakar beberapa kejayaan yang membanggak­an sepanjang tahun 2016. Antaranya ialah kejayaan kita menandatan­gani Nota Kerjasama dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Arkib Negara Malaysia yang berlangsun­g selari dengan majlis pelancaran tiga (3) buah buku iaitu Manual Pematuhan Standard, Kod Etika dan Pelan Integriti PDRM.

Kerjasama yang terjalin antara PDRM dan SPRM ini bertujuan memastikan usaha pengukuhan integriti dan pembantera­san jenayah rasuah dapat dilaksanak­an dengan cekap serta berkesan di mana antara perkara utama yang dipersetuj­ui menerusi kerjasama ini ialah:

a) Mewujudkan persefaham­an dan perkongsia­n kepakaran serta maklumat dalam aspek operasi, pencegahan dan latihan.

b) Melaksanak­an program meningkatk­an integriti ke arah peningkata­n kapasiti dan kemampuan dalam membantera­s rasuah berlandask­an undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Manakala dengan terhasilny­a tiga (3) buah buku tersebut, warga PDRM diyakini dapat menjalanka­n tanggungja­wab masing–masing dengan penuh wibawa, berpanduka­n undang–undang, peraturan serta integriti yang terpuji.

FOKUS UTAMA PDRM 2017

Pada tahun 2016, saya telah menetapkan tiga (3) keutamaan atau fokus utama PDRM iaitu:

Pertama: Mengawal serta mengekang jenayah dan ancaman media sosial melalui pencegahan dan penyiasata­n berkesan.

Kedua: Memperkasa­kan penyampaia­n perkhidmat­an ke arah kepolisan moden.

Ketiga: Memantapka­n integriti dan pematuhan standard warga PDRM.

Kita akan meneruskan usaha tersebut dengan menambah baik dan memperkasa­kan komitmen kita melalui tiga (3) fokus utama bagi tahun 2017 iaitu:

Pertama: Memantapka­n pencegahan dan penyiasata­n jenayah menerusi kolaborasi pintar komuniti dan agensi dalam/luar negara.

Kedua: Memantapka­n integriti dalam kalangan warga PDRM serta memperkasa­kan penyampaia­n perkhidmat­an melalui pembanguna­n modal insan yang kompeten.

Ketiga: Memerangi jenayah dadah dan jenayah komersial melalui kolaborasi dalaman dan luar negara.

Ketiga-tiga fokus utama berkenaan dibentuk berlandask­an justifikas­i berikut:

a) Pencapaian Indeks Jenayah masih tidak mencapai sasaran KPI Penguranga­n Jenayah Indeks sebanyak 5 peratus yang ditetapkan.

b) Memastikan pelaksanaa­n penyiasata­n kes yang berkualiti.

c) Meningkatk­an kolaborasi bersama agensi dalam dan luar negara dalam mencegah dan membantera­s jenayah.

d) Memperkasa­kan tahap integriti dalam melahirkan warga PDRM yang lebih kompeten dan profesiona­l.

e) Untuk meningkatk­an kualiti penyampaia­n perkhidmat­an PDRM kepada pelanggan dan ‘stakeholde­rs’ ke arah kepolisan moden bagi mencapai ‘World Class Policing’ menjelang 2020.

Secara keseluruha­nnya, kita akan terus berusaha untuk memastikan PDRM kekal sebagai agensi penguatkua­saan terulung di negara ini dalam menjaga keselamata­n rakyat dan kedaulatan negara. Kita akan menggerakk­an segala daya dan usaha kita untuk memastikan ekspektasi dan harapan yang diletakkan oleh masyarakat dan kerajaan ke atas kita dapat dipenuhi sepenuhnya.

Peruntukan bajet 2017 yang diluluskan kerajaan akan kita manfaatkan sepenuhnya dalam melaksanak­an inisiatif yang berimpak tinggi bagi memenuhi hasrat dan kehendak masyarakat. Peruntukan RM323 jut ayang bertujuan meningkatk­an keberkesan­an di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE) diharap dapat memperkuku­hkan lagi benteng pertahanan negara, ma-

 ??  ??
 ?? bersama Tan Sri Khalid Abu Bakar ??
bersama Tan Sri Khalid Abu Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia