Harian Metro

BURUNG ‘EMAS’ DALAM BAHAYA

Penangkapa­n haram di hutan simpan Malaysia ancam kehidupan spesies dilindungi

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Kewujudan pemburu haram selain aktiviti penyeludup­an besar-besaran burung tempatan dikhuatiri menjadi punca utama kepupusan beberapa spesies burung ‘emas’ dilindungi.

Difahamkan, kegiatan haram penangkapa­n burung dilindungi antaranya spesies murai batu, kelicap kunyit, serindit, bayan, ciak

tempua dan burung hantu terus berleluasa.

Ini dibuktikan dengan jumlah rampasan besar Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) membabitka­n 3,262 ekor burung sepanjang Januari hingga Oktober tahun lalu.

Jabatan itu mengakui spesies berkenaan terutama murai batu yang paling digemari dalam kalangan peminat tempatan

dan negara jiran bakal pupus jika kegiatan haram itu tidak dibendung.

Kegiatan menangkap burung itu sekali gus boleh menyekat usaha PERHILITAN memberi perlindung­an terhadap spesies burung unik itu.

Difahamkan, burung murai batu bukan sekadar ditangkap bagi menyertai pertanding­an suara burung, malah turut diseludup hingga ke Indonesia dan negara Asia lain.

Ini sekali gus menyebabka­n bilangan burung itu semakin berkuranga­n di beberapa hutan simpanan di Malaysia berikutan kegiatan memikat secara haram. Ketua Pengarah PERHILITAN, Kadir Abd Hashim berkata, pihaknya sentiasa menjalanka­n risikan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mempedulik­an larangan menangkap burung dilindungi itu.

Menurutnya, jumlah rampasan burung yang besar tahun lalu membuktika­n kecekapan dan tindakan berterusan Unit Jenayah Hidupan Liar

(WCU) dalam memburu penjenayah terbabit.

“Pihak PERHILITAN tidak beri muka dan akan terus mengheret penjenayah hidupan liar ini ke mahkamah. Hukuman berat menanti mengikut

Seksyen 68 Akta Hidupan Liar 1972.

“Kepupusan hidupan liar dilindungi boleh diatasi sekiranya semua pihak termasuk masyarakat berperanan serta menyalurka­n maklumat kepada PERHILITAN,”katanya.

Difahamkan, pemburu haram turut menyasarka­n burung enggang yang ditangkap dan dibunuh semata-mata bagi mendapatka­n paruhnya terutama di Kepulauan Borneo.

Hidupan liar eksotik itu turut di ambang bahaya

berikutan menjadi buruan pengumpul trofi dalam kalangan penduduk kaya di China.

Ia dijual di pasaran gelap mencecah AS$1,000 (RM4,449) seekor serta dianggap simbol status kepada individu yang memilikiny­a hingga menyebabka­n harga burung itu melambung tinggi.

Paruhnya dengan warna merah akan diukir semula di China oleh tukang ukir untuk dijadikan barang hiasan mewah, patung dan juga barang kemas. Esok: Kegiatan seludup burung tempatan ke Batam,

Indonesia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA burung pelbagai spesies yang dirampas PERHILITAN.
ANTARA burung pelbagai spesies yang dirampas PERHILITAN.
 ??  ?? ANGGOTA PERHILITAN menunjukka­n burung dilindungi yang dirampas.
ANGGOTA PERHILITAN menunjukka­n burung dilindungi yang dirampas.
 ??  ?? PEGAWAI PERHILITAN melihat rampasan burung murai batu.
PEGAWAI PERHILITAN melihat rampasan burung murai batu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia