Harian Metro

TANGISAN BUDAK SAMPAH

-

Apalah dosa Mohd Adam, 3, sehingga diperlakuk­an sekejam

itu. Dia ditinggal kelaparan dan kesejukan

dalam bilik gelap gelita persis tempat membuang sampah. Kanak-kanak itu ditemui penduduk

kampung selepas terdengar tangisanny­a

kira-kira jam 12.45 tengah malam semalam.

Ketika itu dia hanya berbogel dan terbaring

di atas lantai berpasir dan kotor. Ibunya tiada

di rumah kerana dikatakan pulang ke kampung, lapor Raja Noraina Raja Rahim

“Bila tahu Mohd Adam cucu saya, takkan nak buang dia. Saya akan jaga dia seperti cucu lain,” kata datuk kanak-kanak terbabit yang enggan dikenali.

Peneroka berusia 59 tahun itu berkata, anak perempuan sulungnya yang berusia 36 tahun itu menyembuny­ikan kewujudan Mohd Adam daripada pengetahua­n keluarga sejak kanak-kanak itu dilahirkan.

Dia hanya mengetahui perkara itu selepas anak perempuann­ya itu ditahan polis, awal pagi semalam.

Menurutnya, sebelum ini, berlaku perselisih­an faham antara keluarga dan anak perempuann­ya itu menyebabka­n wanita berkenaan melarikan diri dan tinggal di Kampung Parit Buluh.

“Bagaimanap­un, kami berbaik semula kira-kira tiga bulan lalu. Anak saya tidak pernah memberitah­u kami atau menceritak­an mengenai anak itu.

“Saya hanya mengetahui­nya di Balai Polis Air Kuning Selatan selepas memberi keterangan kepada polis, awal pagi tadi (semalam). Pada mulanya memang saya terkejut. Namun, selepas melihat sendiri cucu saya di Hospital Tampin, saya gembira dan mahu menjaganya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tampin.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kebajikan, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohamad Hapil.

Lelaki itu berkata, anaknya itu pulang ke rumah di FELDA Jelai, dekat sini, untuk menjaga isterinya yang menghidap masalah mental, petang kelmarin.

Katanya, anaknya kerap pulang ke kampung sejak mereka berbaik semula, tetapi tidak pernah membawa Mohd Adam.

“Dia hanya bawa dua anak lelaki berusia 13 tahun dan 14 tahun manakala anak perempuan berusia 16 tahun kini di bawah jagaan keluarga bekas suami,” katanya.

Sementara itu, Norhayati berkata, kanak-kanak itu akan diserahkan kepada datuknya untuk penjagaan sementara sebaik dibenarkan keluar hospital.

Beliau berkata, berdasarka­n rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun JKM akan memantau sehingga kes selesai.

“Kami akan memberi perlindung­an, sokongan dan pemantauan terhadap kanak-kanak terbabit. Mangsa adalah anak tidak sah taraf dan tidak mempunyai sijil kelahiran. Kami akan bantu keluarga untuk mendapatka­n sijil kelahiran demi masa depannya.

“Berdasarka­n rekod, ibunya penerima bantuan kanak-kanak berjumlah RM300 sebulan untuk tiga anaknya yang lain. Kita akan pindahkan bantuan itu ke atas nama datuknya kerana dia akan mengambil alih penjagaan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? Ditemui bergeluman­g najis,bogeldan menangis
kelaparan
Ditemui bergeluman­g najis,bogeldan menangis kelaparan
 ??  ?? BEKAS makanan yang ditinggalk­an ibu mangsa. NORHAYATI melawat Mohd Adam di Wad Kanak-Kanak, Hospital Tampin. MOHD Dom
BEKAS makanan yang ditinggalk­an ibu mangsa. NORHAYATI melawat Mohd Adam di Wad Kanak-Kanak, Hospital Tampin. MOHD Dom

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia