Harian Metro

5 KORBAN KESUMAT MYANMAR

Lima warga Myanmar maut, dua cedera dalam serangan hendap bersenjata

- Fardy Bungga, Hafidzul Hilmi Mohd Noor, Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Tidak ubah seperti amukan gila apabila empat lelaki menetak dan menikam bertubi-tubi lima pekerja kilang warga Myanmar hingga mati.

Serangan berdarah itu berlaku kira-kira jam 10.25 malam

kelmarin, ketika semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas bekerja di sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Sri Kembangan, di sini.

Sumber berkata, penyerang berpakaian gelap muncul dengan menaiki kereta Suzuki Swift dan sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti. Menurutnya, suspek kemudian terus menetak kepala sekumpulan mangsa yang sedang berjalan pulang ke asrama terletak tiga kilometer dari kilang tempat mereka bekerja.

“Suspek dipercayai berniat membunuh berikutan serangan ditujukan ke arah kepala semua mangsa berusia 20-an.

“Akibatnya empat mangsa maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala, badan dan tangan. Bagaimanap­un seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia pagi tadi (semalam), akibat cedera parah di badan.

“Dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut dan mereka dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya, polis menyiasat kemungkina­n kejadian itu ada kaitan dengan dendam atau konflik agama dibawa dari negara asal.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superinten­dan Lee Wai Leong berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung motif sebenar kejadian itu.

“Usaha mengesan semua yang terbabit dalam kejadian ini sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Setakat ini seramai tujuh suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 Januari ini untuk membantu siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA unit forensik menyiasat lokasi pergaduhan warga Myanmar yang maut ditetak.
ANGGOTA unit forensik menyiasat lokasi pergaduhan warga Myanmar yang maut ditetak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia