Harian Metro

ADAM MEMANGTAK WUJUD

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Pintu bilik ditutup dengan papan manakala lampin pakai buang dipenuhi najis. Tidak cukup dengan itu, keadaan bilik bagaikan tempat membuang sampah yang dikeliling­i sisa bungkusan makanan serta kayu.

Itulah suasana disaksikan penduduk dan anggota polis yang menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikenali sebagai Mohd Adam yang ditinggal ibunya bersendiri­an dalam bilik di rumah sewa mereka di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, jam 12.45 tengah malam semalam.

Lebih menyedihka­n, Mohd Adam ditemui penduduk kampung dalam keadaan berbogel dan terbaring atas lantai berpasir serta kotor.

Mohd Adam ditemui selepas penduduk terdengar tangisanny­a yang dipercayai kelaparan.

Menceritak­an kejadian, Ketua Kampung itu, Mohd Dom Md Amin, 57, berkata, dia menerima aduan penduduk yang terdengar tangisan kanak-kanak, jam 8 malam kelmarin, sebelum dia ke rumah berkenaan untuk membuat pemeriksaa­n.

“Bagaimanap­un, ketika tiba di rumah itu, tangisan berkenaan hilang. Pada jam 12.45 tengah malam, jiran keluarga berkenaan sekali lagi terdengar tangisan kanak-kanak sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.

“Kami bersama dua anggota polis memecah masuk rumah itu. Sebaik memasuki rumah, saya menjerit ‘Ya Allah’ selepas mendapati ada seorang kanak-kanak terbaring dalam keadaan berbogel.

“Saya sangka kanak-kanak itu sudah meninggal dunia kerana tidak bergerak, namun tidak lama kemudian, dia membuka mata sejurus menyedari kehadiran kami.

“Saya sedih melihat keadaannya yang kotor dan lapar. Saya meminta isteri, Boniah Madon yang berusia 54 tahun mengambil air dan makanan di rumah. Saya beri dia makan dua keping roti, dua biji pisang dan minum empat cawan air,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, kakitangan perubatan dari Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan tiba untuk membuat pemeriksaa­n sebelum membawa Mohd Adam ke Hospital Tampin untuk rawatan.

Ditanya mengenai keadaan fizikal Mohd Adam, Mohd Dom berkata, tiada sebarang kesan kecederaan luaran seperti didera cuma mangsa diabaikan dengan dikurung dan tidak diberi makanan.

Mohd Dom berkata, rumah itu adalah rumah pusaka keluarga mentuanya dan disewakan kepada suami isteri terbabit.

“Rumah berkenaan dihuni wanita berkenaan yang tidak bekerja bersama dua anak lelaki berusia belasan tahun manakala suaminya bekerja sebagai pemandu lori. Saya tidak tahu dia mempunyai seorang anak kecil kerana dia tidak bergaul dengan penduduk,” katanya.

Mohd Dom tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku dan berharap kanak-kanak itu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Budak disorok ibu sendiri ditemui bergeluman­g najis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia