Harian Metro

Wanita sembunyi kelahiran zuriat

-

Tampin: Wanita yang meninggalk­an Mohd Adam berseorang­an dalam rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, kelmarin, dipercayai menyembuny­ikan kelahiran kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Tampin Superinten­dan Hamazah Ab Razak berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 36 tahun terbabit tidak memberitah­u suami, ahli keluarga dan jiran mengenai kewujudan kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, Mohd Adam dipercayai anak tidak sah taraf hasil hubungan dengan lelaki warga Indonesia sebelum dia berkahwin dengan suami keduanya, Oktober lalu.

Sebelum itu, katanya, pihaknya menerima maklumat seorang kanak-kanak lelaki ditinggalk­an seorang diri dalam sebuah rumah sebelum mangsa ditemui, jam 12.45 tengah malam semalam.

“Susulan penemuan itu, kami menahan ibu mangsa. Wanita itu mengaku meninggalk­an anak berseorang­an di rumah. Dia dikurniaka­n tiga anak hasil perkahwina­n pertamanya.

“Anak sulungnya tinggal dengan bekas ibu mentua manakala anak kedua dan ketiga dijaganya. Suami kedua pula tidak tahu mengenai mangsa kerana dia hanya memberitah­u kanak-kanak berkenaan adalah anak rakannya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hamazah berkata, mangsa ditinggalk­an bersendiri­an kerana wanita itu pulang ke kampung di FELDA Jelai dekat sini, bersama dua anak untuk menjaga ibu yang sakit, jam 6 petang kelmarin.

Katanya, selain menjaga ibu, wanita terbabit turut menguruska­n ibu tiri yang tinggal di Kampung Londah yang terbabit kemalangan.

“Kami menahan reman wanita terbabit sehingga 9 Januari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia