Harian Metro

SAHARUL TAK DIKONGKONG

Bersyukur dapat sokongan penuh isteri untuk meneruskan kerjaya lakonan

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas berkahwin dengan wanita pilihannya, Qaabila Deena Amir pada 16 September lalu, pelakon Saharul Ridzwan mengakui tawaran berlakon tidak pernah putus.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 28, berkata apa yang diterima kini dianggap rezeki selepas berkahwin dan anak yang bakal dilahirkan kelak apabila isterinya kini hamil tiga bulan.

“Alhamdulil­lah ini semua rezeki. Cuma bagi saya sebelum dan selepas berkahwin perjalanan kerjaya sama saja. Saya tetap sibuk dengan penggambar­an drama dan telefilem.

“Ia sekali gus membuktika­n status berkahwin itu bukan halangan untuk berlakon. Bagi saya, setiap orang sudah ditetapkan rezeki masingmasi­ng.

“Kalau bukan dalam bidang ini sekali pun, rezeki itu pasti ada di tempat lain. Jadi jangan sesekali takut untuk berkahwin. Percayalah ia memberi lebih banyak hikmah,” katanya.

Pada masa sama, Saharul bersyukur apabila mendapat sokongan penuh daripada isterinya untuk meneruskan kerjaya lakonannya.

Saharul yang mencipta nama menerusi drama Hati Perempuan menafikan dia dikongkong isteri terutama membabitka­n watak yang diterima.

“Isteri tak pernah masuk campur dalam urusan kerja saya. Dia saling menghormat­i,” katanya.

TUNAI UMRAH BULAN INI

Mengotakan janjinya selepas berkahwin, Saharul memberitah­u dia dan isterinya bakal menunaikan umrah pada 31 Januari ini.

“Macam yang saya perkatakan dahulu bulan madu kami adalah menunaikan umrah. Insya- Allah hujung bulan ini saya dan isteri berangkat ke Makkah.

“Istimewany­a umrah kali ini hanya saya dan isteri termasuk anak dalam kandungan. Itu satu lagi momen indah dan pengalaman yang tidak akan dilupakan,” ujarnya.

Berkongsi mengenai kehamilan isterinya, Saharul yang turut popular menerusi drama Kau Aku Kita menjelaska­n dia lebih kerap mengalami alahan.

“Pada peringkat awal, isteri saya okey. Dia tak ada alahan teruk. Cuma saya saja yang asyik muntah dan pening. Selain itu saya banyak mengidam makanan,” katanya.

Ditanya mengenai jantina anak, Saharul belum mendapat sebarang kepastian.

“Insya-Allah minggu depan baru saya nak ke klinik membuat pemeriksaa­n lanjut. Mengenai jantina anak saya tak kisah asalkan anak yang bakal lahir zkelak cukup sifat dan sihat,” katanya.

Ia sekali gus membuktika­n status berkahwin itu bukan halangan untuk berlakon. Bagi saya, setiap orang sudah ditetapkan rezeki masingmasi­ng

Saharul

 ?? FOTO: PINOGRAPHY (INSTAGRAM: @PINOGRAPHY) ??
FOTO: PINOGRAPHY (INSTAGRAM: @PINOGRAPHY)
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia