Harian Metro

KEKASIH MESRA DENGAN BEKAS ISTERI

-

Saya gadis berusia 29 tahun, baru menjalin cinta dengan lelaki berstatus duda. Dia mempunyai seorang anak bersama bekas isteri. Dia kekasih yang sempurna, baik, romantik dan pemurah. Malah hubungan bersama bekas isterinya pun baik.

Mulanya saya tidak kisah demi masa depan anaknya, namun kurang senang melihat kemesraan mereka. Bekas isteri kekasih saya adalah isteri orang mempunyai dua anak bersama suami sekarang. Dia kerap pula berulang-alik ke rumah teman lelaki dengan alasan mahu menghantar dan mengambil anak.

Kalau setakat di luar rumah saya tidak mengapa, masalahnya dia sampai ‘melepak’ di ruang tamu yang pada saya kurang manis. Saya pernah menegur kekasih tetapi dia berpendapa­t saya terlalu paranoid. Dia tidak percaya bekas isterinya mahu kembali padanya. Apa saya perlu lakukan?

CHACHA, Kuala Lumpur.

Bukan isu paranoid mahupun cemburu menjadi persoalan dalam situasi hubungan kekasih serta bekas isterinya. Hal menjadi pertimbang­an di sini ialah mengenai batas hubungan antara kekasih saudari serta bekas isterinya perlu ditangani dengan teliti.

Bukan apa, pada pandangan Dang Setia, sebaik-baiknya mencegah sebelum datang penyakit. Andai telahan saudari tepat khuatir kelak ‘nasi menjadi bubur’ tiada satupun berguna lagi.

Tambah pula bekas isteri sudah berkahwin seharusnya dia perlu berhati-hati menjaga maruah masing-masing.

Tanggungja­wab saudari di sini mengingatk­an kekasih untuk lebih serius menangani sikap bekas isterinya yang kelihatan mahu menggodany­a. Jika kekasih memandang hal itu terlalu ‘enteng’ andai situasi sama berlaku pada saudari, adakah dia boleh menerima?

Justeru persepsi bukan saudari saja salah faham malah jiran serta orang luar juga pasti mempunyai tanggapan buruk mengenai hubungan mereka andai kekasih terlalu selesa melayan bekas isterinya.

Gadis bengang buah hati beri alasan ambil, hantar anak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia