Harian Metro

500 BURUNG MATI KEPANASAN ‘Membunuh’ minat pencinta burung

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Lumayan apabila burung murai batu Malaysia boleh dijual di negara jiran mencecah harga sekitar Rp5 juta (RM1,675) seekor.

Tawaran harga tinggi itu antara daya tarikan utama kepada sindiket tempatan dan Indonesia galak menyeludup keluar pelbagai spesies burung dilindungi.

Terbaru pihak berkuasa di Batam, Indonesia, berjaya menggagalk­an usaha penyeludup­an 1,370 ekor burung murai batu dari Malaysia pada 22 November lalu.

Difahamkan, burung terbabit cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Batubesar, Nongsa, Batam, Indonesia menggunaka­n bot laju.

Sumber berkata, suspek yang menyeludup burung itu bagaimanap­un sempat melarikan diri dengan meninggalk­an 88 bekas khas yang digunakan untuk mengisi burung dilindungi itu.

“Rampasan burung dari Malaysia itu dianggap rampasan terbesar dilakukan pihak berkuasa Indonesia setakat ini.

“Kebanyakan burung terbabit biasanya akan dibawa ke kepulauan Jawa, Indonesia. Pulau Batam hanyalah transit sementara untuk menyimpan burung diseludup itu.

“Difahamkan 500 burung yang diseludup itu mati di dalam kurungan dipercayai akibat kepanasan,” katanya.

Menurutnya, selain burung murai batu (White-rumped Shama), burung murai kampung (Magpie Robin) turut menjadi buruan penyeludup.

“Februari lalu, pihak berkuasa Batam turut mematahkan cubaan menyeludup 153 ekor burung murai batu melalui pelabuhan itu.

“Malangnya hanya lima ekor burung yang masih hidup manakala selebihnya mati ketika dipercayai diseludup dari Johor,” katanya.

Difahamkan, burung murai batu bukanlah spesies haiwan dilindungi di Indonesia, namun tindakan membawa masuk haiwan itu menjadi kesalahan apabila tidak sertakan dengan dokumen kebenaran.

“Individu yang menyeludup burung ke republik itu

Kuala Lumpur: “Penerokaan hutan secara berleluasa dan kegiatan pemburuan haram boleh ‘membunuh’ minat pencinta burung.

“Tiada lagi keseronoka­n terhadap hobi ini sekiranya hidupan kicau ini pupus,” luah Presiden Persatuan Pencinta Burung Kicau Malaysia (PEKICAU) Imran Mohd.

Menurutnya, penerokaan hutan sama ada untuk pembalakan atau pembanguna­n menyebabka­n burung berpindah lokasi.

“Hutan dahulunya dihuni pelbagai spesies burung kini di ambang kepupusan apabila boleh didenda lima tahun penjara dan denda Rp150 juta (RM50,250),” katanya.

Harga tinggi tarikan utama sindiket seludup

murai batu Malaysia ke Indonesia

hutan semakin gondol.

“Akibatnya haiwan terancam termasuk burung mulai berpindah mencari habitat baru,” katanya ketika dihubungi.

Dia berkata, ramai peminat burung tempatan menjalanka­n aktiviti melihat burung sebagai aktiviti rekreasi mesra alam.

Menurutnya, aktiviti melihat keindahan burung satu bentuk pemerhatia­n hidupan liar dilakukan dengan memerhati burung sebagai satu bentuk rekreasi melalui penggunaan alatan seperti teropong dan teleskop selain mendengar bunyi burung.

 ??  ?? BANGKAI burung murai batu seludup yang dirampas.
BANGKAI burung murai batu seludup yang dirampas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia