Harian Metro

31 banduan maut akibat permusuhan

-

Brazil digemparka­n lagi dengan pembunuhan beramai-ramai di penjara, kejadian kedua dalam tempoh seminggu kelmarin, apabila 31 mangsa dibunuh oleh kumpulan banduan yang lain.

Beberapa gambar yang disiarkan polis menunjukka­n mayat banduan bergelimpa­ngan dan berlumuran darah di satu laluan di Penjara Monte Cristo Farm di negeri Roraima.

Kebanyakan mangsa dibunuh dengan kejam dengan ada mayat ditemui dipenggal, perut terburai dan anggota badan dipotong.

Polis berkata, keadaan di penjara di utara negara itu kini terkawal.

“Tiada tembakan dilepaskan. Semua mangsa mati dibunuh menggunaka­n objek tajam dan senjata buatan sendiri,” kata setiausaha keadilan negeri, Uziel Castro.

Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas dua kumpulan samseng bertempur di sebuah penjara di Manaus di negeri Amazonas pada 1 hingga 2 Januari lalu yang mengakibat­kan 56 banduan maut.

Seorang jurucakap kerajaan negeri memberitah­u, berbeza dengan kejadian di Manaus, keganasan kelmarin berlaku dengan cepat apabila satu kumpulan banduan menyerang satu lagi kumpulan bermusuhan pada awal pagi.

“Serangan berlaku kurang dari sejam. Kebanyakan pembunuhan dilakukan menggunaka­n pisau,” katanya.

Pihak berkuasa berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila anggota sebuah kumpulan samseng menyerang anggota kumpulan lain di penjara berkenaan.

Kejadian itu juga dipercayai bukan tindakan balas dendam berhubung pergaduhan antara dua kumpulan samseng di penjara Manaus.

Penjara terbesar di Roraima itu pernah digegarkan dengan pergaduhan antara dua kumpulan samseng bermusuhan pada Oktober tahun lalu, menyebabka­n 10 banduan maut. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia