Harian Metro

Ibu bapa selebriti lelaki kecewa

-

Dulu selalu juga Cik

Pang dengar kisah cinta pasangan selebriti remaja ini. Tapi sejak mereka dikatakan sudah putus cinta, terus senyap dari radar.

Tapi baru-baru ini Cik Pang dapat tahu punca perpisahan mereka kerana tidak mendapat restu daripada orang tua si artis lelaki.

Sebabnya, si artis wanita itu sudah buat onar dengan ibu bapa bekas teman lelakinya. Dedah teman

Cik Pang, si artis wanita itu pernah tinggal sebumbung dengan mereka selama beberapa bulan.

Kerana takutkan si anak lelaki hilang teruna, si ibu bapa sanggup tidur di ruang tamu di depan pintu bilik tetamu di mana si kekasihnya tidur.

Apatah lagi si artis perempuan itu didakwa sering mengajak teman lelakinya pulang ke rumah tapi berjaya dihalang ibu bapa artis lelaki.

Ada juga bertanya, kenapa peringkat awal tidak halang anak mereka bercinta? Alasan mereka bimbang anak akan memberonta­k dan lari dari rumah. Tambah pula kerjaya anak mereka sedang meningkat naik.

Tapi sejak beberapa bulan tinggal bersama, si artis wanita itu langsung tidak menunjukka­n rasa hormat kepada tuan rumah sendiri.

Lebih membuatkan ibu bapa si artis lelaki kecewa apabila artis lelaki itu sanggup basuh seluar dalam dan coli si kekasih, padahal selama berbelas tahun jadi anak mereka, tidak pernah sekali pun basuh pakaian mereka.

Oleh kerana sikap si artis wanita sudah melampau, ibu bapa si artis lelaki beri pilihan sama ada tinggalkan kerjayanya dan terus dilamun cinta atau kekal dengan bidang yang menjadi periuk nasinya tapi tinggalkan teman wanita.

Itulah orang kata apabila sudah mabuk bercinta, yang buruk pun nampak baik. Pesan Cik Pang, jangan jadikan diri hamba cinta sebab kelak memakan diri!

Buat si artis wanita remaja itu, hentikanla­h perangai pelacur dan tiada adab itu. Bimbang apabila semua tahu perangai sebenar, habis satu keluarga mendapat malu!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia