Harian Metro

Restoran mamak jadi pilihan

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Menyarung jersi kelab tempatan sememangny­a menjadi impian pemuda kelahiran Jepun ini.

Toshiya Hosoe memasang angan-angan untuk melakar namanya sebagai sebahagian daripada sejarah bola sepak tanah air, selain berkongsi kemahirann­ya di padang. Membesar di Malaysia sejak berusia enam tahun, Toshiya menganggap Malaysia adalah tanah air sendiri.

1. Kali pertama anda menjejakka­n kaki ke Malaysia dan tujuannya?

Apabila bapa menerima arahan untuk berpindah ke Kuala Lumpur pada 1997, saya bersama keluarga turut menyertai bapa.

Ketika itu, saya cuma berusia enam tahun dan hanya mengikut keputusan keluarga. Zaman kanakkanak saya banyak dihabiskan di Malaysia berbanding tanah air sendiri.

Memasuki sekolah antarabang­sa membolehka­n saya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik malah saya turut memiliki ramai kawan daripada pelbagai latar belakang.

2. Memori menarik dicipta di zaman kanak-kanak?

Apabila sekolah menganjurk­an lawatan tahunan ke perkampung­an tradisiona­l Malaysia, saya didedahkan dengan gaya hidup masyarakat dengan lebih dekat.

Menikmati kehidupan di kampung tradisiona­l, kali pertama saya menjamah makanan menggunaka­n tangan, biarpun permulaann­ya janggal.

Di sana juga, saya dijamu dengan pelbagai sajian tradisiona­l yang semestinya

4. Pengalaman menarik sepanjang anda berada di Malaysia?

Bagi saya, proses kehidupan dan pembelajar­an sepanjang berada di Malaysia adalah pengalaman yang paling menarik.

Ini kerana sekiranya saya tidak berada di sini, tidak mungkin saya dapat merasai dan mencuba perkara baru.

Ia termasuk pergaulan dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama, malah peluang bermain bola sepak secara aktif juga mungkin tidak ada.

Saya boleh berbangga kerana saya kini bekerja sebagai pemain bola sepak profesiona­l dan pernah bermain di beberapa kelab di luar negara termasuk Australia, Filipina, Sri Lanka dan terbaru, Maldives. Menyertai kelab Malaysia menjadi impian saya dan berharap dapat berkongsi kemahiran serta bakat bersama pasukan Malaysia.

Toshiya lebih cintakan Malaysia berbanding Jepun kerana membesar

di sini

5. Lokasi pilihan anda?

Pulau Redang kerana keindahan pantainya.

6. Makanan tempatan kegemaran anda?

Nasi lemak, roti canai dan Maggi goreng.

7. Malaysia di mata anda ?

Saya cintakan Malaysia lebih daripada Jepun kerana saya membesar, bersekolah dan membina karier di sini. Kehidupan di sini juga jauh lebih tenang dan selesa.

 ?? FOTO ?? PROFIL
NAMA: Toshiya Hosoe LAHIR: 8 Jun 1991 ASAL: Chiba, Jepun KERJAYA: Pemain bola sepak profesiona­l STATUS: Bujang
FOTO PROFIL NAMA: Toshiya Hosoe LAHIR: 8 Jun 1991 ASAL: Chiba, Jepun KERJAYA: Pemain bola sepak profesiona­l STATUS: Bujang
 ??  ?? BERSAMA pasukannya.
BERSAMA pasukannya.
 ??  ?? INGIN menyertai kelab tempatan.
INGIN menyertai kelab tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia