Harian Metro

TZR 250 1KT kekal retro

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Model vintaj lonjak harga kini melewati RM20,000

Satu ketika dulu, jentera Yamaha dua lejang berimej retro dengan sesaran tinggi sering dibiarkan pemiliknya berikutan tidak ramai berminat untuk ‘membelanya’.

Namun selepas perhimpuna­n Retro Malaysian Raiders (RMR) diperkenal­kan pada 2008 selain penerbitan filem dengan tema motosikal retro diangkat dalam filem Mat Motor dan Mat Motor Otai, dunia dua roda semakin meriah apabila jentera sebegitu mula ‘diburu’ peminat.

Biarpun sukar ditemui manakala kos penyelengg­araan tinggi, wang bukanlah penghalang buat individu yang gila terhadap jentera dua roda.

Perkara sama dira- sai penjawat awam, Md Yazid Ghazali, 29, yang sungguh taasub terhadap jentera dua roda sehingga memiliki lima jentera retro berlainan model dan jenama.

Salah satu yang menarik perhatian adalah Yamaha TZR 250 1KT yang masih kekal asli dan pernah menjadi kegilaan anak muda sekitar 1980an. Varian TZR dikeluarka­n di Jepun pada 1986 hingga 1996 dengan pelbagai model dan sesaran berbeza.

Jentera dikeluarka­n pada 1986 ini antara generasi pertama dua lejang kategori 250cc keluaran Yamaha yang didatangka­n dengan enjin Parallel Twin YPVS. Enjin standard ini terdaya mencapai 50hp pada 10,000rpm manakala dua ekzos berkembar memastikan enjin kekal ‘bernafas’ dengan sempurna.

Komponen asal jentera langsung tidak ditukar atau diubah suai, sebaliknya hanya melalui proses restorasi. Bahagian berkarat dan tidak dapat digunakan digantikan komponen baharu asli seperti tangki jentera yang mereput dek usia.

Bagi menampakka­n jentera seakan mesin lumba, fork hadapan direndahka­n manakala keseimbang­an jentera dikawal penyerap hentak asal tunggal.

Motosikal berwarna merah putih ini tampak lebih menyerlah dengan padanan pelekat badan Marlboro. Pelbagai komponen asal masih kekal pada jentera seperti lampu, meter kelajuan, tangki dan sebagainya.

Pemilik di Nibong Tebal, Seberang Perai, Pulau Pinang ini mengakui hanya membiarkan jentera kesayangan­nya berada dalam keadaan asal tanpa sebarang pengubahsu­aian, meskipun harganya kini mencecah lebih RM20,000.

 ?? FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI ?? KEKAL terpelihar­a.
FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI KEKAL terpelihar­a.
 ??  ?? KONDISI asal memukau.
KONDISI asal memukau.
 ??  ?? METER kelajuan masih asli. BAHAGIAN
hadapan direndahka­n.
METER kelajuan masih asli. BAHAGIAN hadapan direndahka­n.
 ??  ?? PELBAGAI komponen
asal dikekal.
PELBAGAI komponen asal dikekal.
 ??  ?? LAMPU belakang
unik.
LAMPU belakang unik.
 ??  ?? TANGKI asal tampung
16 liter bahan api.
TANGKI asal tampung 16 liter bahan api.
 ??  ??
 ??  ?? EKZOS berkembar asal.
EKZOS berkembar asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia