Harian Metro

Penyebab utama kecacatan

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Kecederaan otak traumatik (TBI) adalah masalah perubatan dan kesihatan awam sejagat yang semakin meningkat. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggar­kan TBI akan mengatasi penyakit lain sebagai penyebab utama kematian dan kecacatan menjelang 2020.

Ia bukan saja menjejaska­n pesakit, malah turut menjadi beban kepada penjaga, anggota keluarga termasuk masyarakat berikutan kesan kecederaan otak menjejaska­n fizikal, cara berfikir (kognitif), kemampuan intelek, tingkah laku atau emosi pesakit sama ada sementara atau secara kekal sehingga hilang keupayaan untuk menjaga diri sendiri dan terpaksa bergantung kepada orang di sekeliling. TBI adalah kerosakan otak apabila sel-sel otak musnah atau merosot.

Insiden yang menyumbang kepada TBI adalah pelbagai bentuk trauma kepada otak akibat jatuh, kemalangan kenderaan, keganasan fizikal dan tembakan. Kerosakan otak juga berlaku disebabkan keracunan bahan kimia pada sel saraf (neuron), putus bekalan oksigen (anoksia), kekurangan bekalan oksigen (hipoksia), tumor, jangkitan kuman pada otak dan saluran darah pada otak pecah atau tersumbat (strok).

TBI juga dibahagika­n kepada tahap ringan, sederhana dan teruk.

Oleh itu, pelbagai bentuk kecederaan otak mengakibat­kan gejala yang berlainan apabila pesakit mungkin kehilangan keupayaan untuk bergerak atau hilang ingatan jangka pendek atau hilang keupayaan untuk berinterak­si.

Namun, kebanyakan pesakit TBI tidak menyedari otak mereka mengalami kerosakan berikutan gejala timbul dalam jangka panjang. Malah, kerosakan otak juga sering tidak dapat dikesan menerusi pemeriksaa­n perubatan sehingga gejala muncul sedikit demi sedikit. Disebabkan itu banyak kes TBI tidak dikenal pasti sehingga ia digelar epidemik senyap.

Perunding Pakar

Bedah Neuro Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC), Dr Ramesh Narenthira­nathan berkata rawatan TBI bergantung kepada kecederaan dan mungkin memerlukan intervensi seperti ubatan, pembedahan kecemasan atau pembedahan selepas beberapa tahun mengalami impak cedera.

Rawatan kini digunakan termasuk terapi fizikal, terapi pertuturan, terapi rekreasi, terapi kerja dan terapi penglihata­n.

“Tahap kecederaan biasanya berdasarka­n tempoh hilang kesedaran atau kadar koma, amnesia postraumat­ik (PTA) atau hilang ingatan sementara dan keputusan pengimejan otak. TBI yang teruk boleh menyebabka­n masalah

 ?? FOTO ?? KUMPULAN pakar TBI membantu pesakit menjalani proses pemulihan.
FOTO KUMPULAN pakar TBI membantu pesakit menjalani proses pemulihan.
 ??  ?? ANTARA peralatan digunakan untuk proses pemulihan fizikal pesakit TBI.
ANTARA peralatan digunakan untuk proses pemulihan fizikal pesakit TBI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia