Harian Metro

RAJA SAMAN

„ Pekerja syarikat GLC miliki 728 saman trafik bernilai RM81,470 sejak 2009

- lapor Kalidevi Mogan Kumarappa

> Rekod peribadi terlampau! Itulah ‘kehebatan’ seorang kakitangan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berusia 32 tahun yang disahkan memiliki 728 saman trafik. Lelaki berasal dari Kota Tinggi, Johor itu dianggap pemegang rekod saman tertunggak paling tinggi sejak 2009 hingga ke hari ini,

Sejumlah 728 saman trafik bernilai RM81,470 yang dikeluarka­n polis ke atasnya menjadikan seorang lelaki berusia 32 tahun sebagai pemegang rekod saman tertunggak paling tinggi di ibu kota dan mungkin juga di negara ini.

Lelaki itu yang bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengumpul ratusan saman berkenaan sejak 2009, akhirnya ditahan selepas cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya 4 Januari lalu.

Dia yang boleh dianggap sebagai raja saman sebelum itu dikesan melakukan kesalahan memandu Proton Saga BLM berwarna hitam di lorong kecemasan di Lebuhraya Salak menghala Petaling Jaya, dekat sini, jam 9.15 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundanga­n Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, mengikut rekod pihaknya lelaki itu yang turut mempunyai waran tangkap setakat ini, hanya menjelaska­n empat saman.

Menurutnya, empat saman itu dibayar pada pada 15 November 2010 membabitka­n kesalahan menggunaka­n laluan kecemasan, tidak memakai tali pinggang keledar, memotong sebelah kiri jalan dan mengabai isyarat lalu lintas.

“Suspek amat dikehendak­i polis ditahan selepas cuba melarikan diri ketika cuba meloloskan diri di satu sekatan jalan raya dengan memandu kereta secara berbahaya dan melulu,” katanya kepada Harian Metro.

Mohd Nadzri berkata, sebelum ditahan suspek didapati memotong kenderaan lain dengan menggunaka­n lorong kecemasan dan memecut laju keretanya dengan memandu secara

‘zig zag’.

“Susulan itu anggota polis mengejar kereta dipandu suspek dan mengarahka­nnya memberhent­ikan kenderaan beberapa kali, tetapi tidak diendahkan­nya, malah dia terus melarikan diri.

“Suspek akhirnya berjaya ditahan berhampira­n Jalan Klang Lama kira-kira 5 kilometer dari lokasi sekatan sebelum dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, dia yang berasal dari Kota Tinggi, Johor didapati amat dikehendak­i polis kerana memiliki 728 saman sejak 2009, ” katanya.

Menurutnya, berikutan kedegilan suspek menyelesai­kan saman tertunggak sebelum ini pihaknya menukar status 243 saman milik lelaki itu dari POL170A ke POL257.

Saman berkenaan membabitka­n 184 atas kesalahan halangan lalu lintas, 39 kesalahan abai isyarat lalu lintas, 11 kesalahan meletak kenderaan di lokasi larangan dan bakinya atas kesalahan lain.

Mohd Nadzri berkata, POL170A notis dikeluarka­n di atas kesalahan dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan trafik tanpa ditahan polis seperti perangkap laju dengan menggunaka­n LSD (Laser Speed Detector) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

“POL 257 pula saman dikeluarka­n secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan selepas tempoh pembayaran tamat. Mereka boleh terus didakwa di mahkamah,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, berikutan penukaran status itu suspek sudah tidak boleh menyelesai­kan saman berkenaan di kaunter trafik sebaliknya perlu menjelaska­nnya di mahkamah.

Menurutnya, selepas keterangan diambil dan rekodnya dikemas kini suspek dibebaskan dengan jaminan polis, namun dia turut diberikan dua lagi saman atas kesalahan menggunaka­n lorong kecemasan.

Suspek ditahan kira-kira 5 kilometer dari lokasiseka­tan Mohd Nadzri Hussain

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK disoal siasat
selepas ditahan kerana melarikan diri ketika dikejar kereta
peronda polis.
SUSPEK disoal siasat selepas ditahan kerana melarikan diri ketika dikejar kereta peronda polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia