Harian Metro

Sogok tunai

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

„ Dua pengedar dadah cuba suap polis ditangkap bersama pistol

Cubaan dua pengedar dadah menyogok polis dengan wang tunai RM50,000 bagi melepaskan mereka gagal apabila dicekup bersama dua pistol dan pelbagai jenis dadah bernilai RM65,000 dalam sekatan jalan raya berhampira­n Plaza Tol Alor Setar Selatan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, lelaki berusia 43 dan 47 tahun menaiki kereta Honda Civic dalam perjalanan ke Sungai Petani ditahan untuk pemeriksaa­n oleh sepasukan polis cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar diketuai Inspektor S Thivagaran selepas melihat mereka dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Subang Jaya, Selangor dan siasatan lanjut menemui sebuah beg berisi dua pucuk pistol, peluru hidup dan dadah.

Menurutnya, 73 butir peluru hidup jenis .22 dan .45 ditemui bersama heroin (2.7 kilogram) syabu (25 gram) pil kuda warna merah (1,500 biji) dan candu (46 gram).

“Malah, suspek cuba menyogok polis dengan wang tunai RM50,000 supaya melepaskan mereka namun anggota kita tidak termakan dengan ‘umpan’ dan terus menahan mereka.

“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif heroin dan suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Sungai Petani,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Superinten­dan Helmi Aris.

Asri berkata, suspek dipercayai mendapatka­n bekalan dadah itu dari selatan tanah air dan kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Pemandu kereta berusia 43 tahun itu yang berasal dari Alor Setar mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah, jenayah dan pernah ditahan di Thailand pada 2004 berkaitan dadah.

“Suspek kedua pula berasal dari Sekinchan, Selangor mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya pistol itu digunakan untuk keselamata­n diri ketika menjalanka­n kegiatan mengedar dadah.

“Suspek direman tujuh hari sehingga 14 Januari ini dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) dan (2) ADB, Seksyen 10 ADB 1952 dan Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

 ??  ?? ASRI (tiga dari kanan) dan Mohd Nashir (tiga dari kiri) menunjukka­n dua pucuk pistol yang dirampas dalam sekatan jalan raya berhampira­n Plaza Tol Alor Setar Selatan.
ASRI (tiga dari kanan) dan Mohd Nashir (tiga dari kiri) menunjukka­n dua pucuk pistol yang dirampas dalam sekatan jalan raya berhampira­n Plaza Tol Alor Setar Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia