Harian Metro

Duit nak kahwin dilarikan pencuri

-

Kuala Lumpur: Seorang peniaga lelaki terpaksa menangguh hajatnya ‘naik pelamin’ selepas wang belanja kahwin berjumlah RM10,000 dikebas dua penjenayah.

Difahamkan mangsa, Rahman Putra Ali, 29, hanya berputih mata sebaik melihat penjenayah menceroboh masuk lori dipandu sebelum melarikan diri berhampira­n Pasar Borong Selayang.

Mangsa berkata, kejadian berlaku jam 4.30 pagi semalam, ketika dia bersama abangnya pergi ke pasar borong berkenaan untuk membeli buah-buahan.

“Saya meletakkan lori itu di hadapan deretan kedai di dalam pasar borong berkenaan sebelum bergerak untuk mencari gerai menjual buah-buahan.

“Saya meninggalk­an beg silang mengandung­i wang tunai berkenaan di dalam lori itu ketika keluar.

“Ketika kejadian, abang saya berada di dalam lori namun dia dikatakan tertidur sebelum saya dikejutkan dengan jeritan orang awam yang memaklumka­n beg silang saya dilarikan dua penjenayah,” katanya.

Usaha Rahman mengejar penjenayah itu tidak berjaya apabila mereka menghilang­kan diri sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Jinjang, semalam.

Selain wang tunai RM10,000, dia turut kehilangan dua telefon bimbit, dokumen pengenalan diri, lesen memandu, pasport, dan kad pengeluara­n wang automatik (ATM) yang diletakkan di dalam beg silang berkenaan.

Bakal isterinya, Ida Yenny Baharum Mukhtar, 28, berkata, dia reda sebaik mengetahui wang untuk persiapan majlis kahwin mereka dilarikan penjenayah.

“Kami memang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat namun terpaksa menangguhk­an perancanga­n itu berikutan kejadian samun berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia