Harian Metro

Wanita ‘OKU’ kerap lari ketika disapa

-

Johor Bahru: Aktiviti seorang wanita berpura-pura orang kurang upaya (OKU) cacat penglihata­n untuk mengutip derma di sekitar bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu, dibongkar pegawai bank tempat dia mendeposit­kan wang hampir setiap hari.

Lakonannya terbongkar selepas aksinya mengira wang kutipan di kaunter bank dirakam individu tertentu sebelum ditularkan kelmarin.

Pada masa sama, pegawai bank terbabit turut menegur lakonannya ketika wanita itu mengutip derma di sekitar bandar raya ini menyebabka­nnya tergesa-gesa beredar dari lokasi berkenaan.

Difahamkan, simpanan wanita terbabit mencecah belasan ribu ringgit.

Video dan rakaman gambar wanita itu disebar bertujuan mengelakka­n lebih ramai warga bandar raya ini menjadi mangsa penipuanny­a.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, berdasarka­n rakaman gambar, pihaknya syak wanita terbabit menggunaka­n kad OKU palsu.

Menurutnya, kad yang memiliki lambang JKM itu tidak lagi diguna pakai sebaliknya sudah digantikan

Sebelum ini, kakitangan JKM pernah terserempa­k dengan wanita itu menjalanka­n kegiatan sama di Kampung Melayu Majidee, namun dia melarikan diri sebelum tindakan diambil”

Manayi

dengan kad baru.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita terbabit diminta tampil menyalurka­nnya kepada JKM.

“Sebelum ini, kakitangan JKM pernah terserempa­k dengan wanita itu yang menjalanka­n kegiatan sama di Kampung Melayu Majidee, namun dia melarikan diri sebelum tindakan diambil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita terbabit bagi membantu siasatan.

“Kami perlukan bantuan wanita berkenaan untuk memastikan sama ada dakwaan yang disebar itu sahih atau sebaliknya,” katanya.

 ??  ?? FOTO tular wanita (kanan) yang didakwa menyamar OKU cacat penglihata­n untuk kutip derma.
FOTO tular wanita (kanan) yang didakwa menyamar OKU cacat penglihata­n untuk kutip derma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia