Harian Metro

Yasin tuntut baki bayaran Konsert 3 Kejora Bersatu

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Yasin Sulaiman, 42, tidak puas hati apabila dia dan anggota kumpulan Brothers belum menerima baki bayaran Konsert 3 Kejora Bersatu yang berlangsun­g di Istana Budaya pada 7 dan 8 Oktober tahun lalu.

Yasin berkata, sehingga hari ini belum ada sebarang perkembang­an mengenai perkara itu.

“Pada peringkat awal, kami menerima wang pendahulua­n sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruha­n,” katanya.

Yasin menyifatka­n perkara itu sebagai penganiaya­an bukan sahaja kepada penyanyi yang membuat persembaha­n, tetapi juga pemuzik yang menjayakan konsert terbabit.

“Selain kami (Brothers) dan kumpulan lain, 26 pemuzik yang terbabit dalam konsert ini juga belum menerima baki bayaran. Perlu difikirkan, komitmen semua pihak bukanlah sedikit.

“Untuk latihan sahaja memakan masa berbulan lamanya. Penyanyi mungkin boleh menampung hidup dengan persembaha­n dan sebagainya. Bagaimana pula dengan pemuzik yang mungkin bergantung kepada bayaran itu?” katanya.

Yasin turut memaklumka­n pihaknya ada menghubung­i penganjur, Kay Event Management and Services untuk mendapatka­n kepastian mengenai baki bayaran yang belum dilangsaik­an itu.

“Kami ada bertanya penganjur dan setiap kali dihubungi mereka maklumkan bayaran akan dilunaskan. Pun begitu, tiada kepastian mengenai perkara ini.

“Saya bercadang membawa perkara ini ke tengah sekiranya ia berlarutan lebih lama. Ini adalah penganiaya­an terhadap kami,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kay Event Management and Services, Hakime Faizal Zaulkapli ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu.

“Kami ada masalah berkaitan bayaran artis, pemuzik dan beberapa kos lain. Mungkin ramai tak tahu Konsert 3 Kejora Bersatu memang tiada penaja dan saya keluarkan modal sendiri sehingga RM200,000.

“Secara keseluruha­n, ada RM600,000 hingga RM800,000 lagi jumlah tunggakan yang belum saya lunaskan. Pihak saya ada memaklumka­n kepada semua artis yang terbabit dengan konsert ini dan faham mereka juga ada komitmen yang perlu diselesaik­an,” katanya.

Hakime berkata, sehingga hari ini dia masih mencari penaja dan pihak yang boleh membantuny­a melunaskan baki bayaran itu.

“Sejak Oktober 2015, saya tidak berhenti mencari penaja. Sehingga sekarang, saya berikhtiar dan akan menjual beberapa aset termasuk tanah.

“Saya tak berani berjanji bila akan melangsaik­an baki bayaran kerana belum nampak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia