Harian Metro

INI SOAL NYAWA...

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

„ Bangunan sekolah dijadikan PPS turut bergegar dilanda arus deras banjir

Pasir Mas

Setiap tahun sejak 1991, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Diniah Bongor, di sini, menjadi mangsa banjir apabila limpahan air Sungai Golok menenggela­mkan kampung di sekitar tebing sungai termasuk bangunan sekolah.

Cuma sejak kebelakang­an ini banjir yang berlaku lebih serius menyebabka­n sekolah terbabit terpaksa dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatka­n 250 penduduk kampung, antaranya Kampung Bongor, Kampung Bendang Nyior dan Kampung Lancang.

Pengerusi Jawatankua­sa PPS SABK Diniah Bongor Yusri Ibrahim berkata, bukan kerosakan yang menjadi kebimbanga­n utamanya sebaliknya keupayaan bangunan sekolah itu untuk menampung ratusan nyawa yang menginap sementara menunggu banjir surut.

Katanya, bagi barang rosak, pihaknya boleh buat senarai pendek dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk pembaikan tetapi soal nyawa manusia tiada galang gantinya.

“Jika dilihat pada kesesuaian, memang sekolah ini tidak sesuai menjadi PPS tetapi bagi orang kampung, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk mereka memandangk­an bangunan dua tingkat walaupun tingkat bawah sudah ditenggela­mi air hampir dua meter.

“Lagi pun lokasi paling selamat untuk penduduk yang terdekat adalah di Banggol Setol namun jaraknya jauh. Mahu atau tidak sekolah ini sahaja terpaksa dibuka untuk jadi pusat pemindahan sementara.

“Saya pula memikirkan risiko kerana banjir akhir-akhir ini semakin teruk. Arus deras menyebabka­n bangunan sekolah yang tenggelam pun bergegar terutama apabila air naik mendadak.

“Soal keselamata­n mereka perlu dititikber­atkan sementara banjir pula adalah bencana yang sangat sukar dijangka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yusri yang juga Mudir

SABK Diniah Bongor berharap penyelesai­an jangka panjang yang dicadangka­n kerajaan termasuk membina tembok tebatan banjir di Sungai Golok dilaksana segera supaya penduduk di situ tidak terus terseksa.

Katanya, dia turut mencadangk­an pembinaan bangunan tiga tingkat dalam kawasan sekolah sebagai tambahan untuk penempatan sementara mangsa banjir.

“Mustahil untuk sekolah ini dipindahka­n ke lokasi lain memandangk­an ia menampung keperluan pembelajar­an untuk penduduk setempat tetapi saya fikir boleh tambah bangunan tiga tingkat atau tinggikan jalan raya memandangk­an apabila banjir, jalan turut tenggelam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MURID SK Sri Rantau Panjang (1) memulakan sesi persekolah­an seperti biasa.
MURID SK Sri Rantau Panjang (1) memulakan sesi persekolah­an seperti biasa.
 ??  ?? YUSRI bersama guru mengemas perkakas sekolah ditenggela­mi banjir.
YUSRI bersama guru mengemas perkakas sekolah ditenggela­mi banjir.
 ??  ?? ANGGOTA APM bergotong-royong membersihk­an SABK Diniah Bongor, Pasir Mas.
ANGGOTA APM bergotong-royong membersihk­an SABK Diniah Bongor, Pasir Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia