Harian Metro

Jual sayur longgok RM1 sepinggan

-

Kuala Lumpur: Kenaikan mendadak harga ikan dan sayur di Lembah Klang memaksa peniaga menjualnya dalam jumlah kecil terutama sayur yang ditawarkan secara longgok atau ikat pada harga serendah RM1.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini, semalam mendapati, kebanyakan sayuran seperti cili besar, cili padi dan beberapa sayuran lain dijual secara longgok RM1 sepinggan atau RM5 tiga pinggan dalam kuantiti sedikit supaya pengguna tidak merasai kenaikan harga.

Peniaga sayur, Fendi Hasballah, 22, berkata, harga cili kampung meningkat paling tinggi iaitu 100 peratus atau sekali ganda menjadi RM120 sekotak enam kilogram berbanding RM60 sekotak sebelum ini.

“Baru minggu ini saya dapat beli cili kampung pada harga murah sedikit iaitu RM90 sekotak, itupun masih tinggi berbanding sebelumnya RM60.

“Untuk mengelakka­n pengguna terasa harga yang mahal, saya menjualnya RM1 dalam longgokan pinggan kecil dan nampaknya cara itu berkesan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, harga sayuran lain yang turut naik adalah cili import dari Thailand yang dibeli pada harga antara RM10 dan RM11 sekilogram berbanding sebelum ini RM7 hingga RM8 sekilogram.

“Turut naik adalah harga kubis menjadi RM5.50 sekilogram berbanding sebelumnya RM4 selain tomato meningkat kepada lebih RM3 sedangkan sebelum ini hanya RM1 hingga RM2 lebih untuk sekilogram.

“Kenaikan harga ini baru bermula dua minggu lalu atas faktor cuaca hujan dan kejatuhan mata wang ringgit untuk sayur yang diimport,” katanya.

Sementara itu, peniaga ikan, Lasmana Udin, 32, berkata, kenaikan harga ikan yang tinggi pada waktu ini turut meresahkan peniaga apabila ‘takut’ untuk memborong ikan yang dikhuatiri tidak menjadi pilihan pengguna kerana harga terlampau tinggi.

“Contohnya, pemborong meletakkan harga sehingga RM32 sekilogram untuk ikan merah sedangkan sebelum ini harga sekitar RM24 atau RM25.

“Tetapi, bagi ikan lain seperti kembung, tenggiri dan sotong, walaupun harganya juga lebih tinggi berbanding minggu lalu, ia masih mendapat permintaan pengguna,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ikan naik berikutan nelayan tidak TINJAUAN mendapati beberapa harga
hari. ke laut ekoran hujan sejak beberapa
ikan naik berikutan nelayan tidak TINJAUAN mendapati beberapa harga hari. ke laut ekoran hujan sejak beberapa
 ?? Fendi Hasballah ?? Untuk mengelakka­n pengguna terasa harga yang mahal, saya menjualnya RM1 dalam longgokan pinggan kecil dan nampaknya cara itu berkesan”
Fendi Hasballah Untuk mengelakka­n pengguna terasa harga yang mahal, saya menjualnya RM1 dalam longgokan pinggan kecil dan nampaknya cara itu berkesan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia