Harian Metro

TAK KISAH IKAN LEMBIK

- Hassan Omar am@hmetro.com.my

Alor Gajah

Semakin ramai pelanggan memilih membeli ikan dalam tong berbanding ikan dipamerkan di atas pangkin kerana ia lebih murah.

Kebanyakan pelanggan beranggapa­n walaupun ikan dalam tong kurang berkualiti berbanding ikan di atas pangkin, harganya lebih rendah dan berbaloi dengan nilai wang dibelanjak­an mereka.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam mendapati kebanyakan pelanggan memilih mendapatka­n ikan dalam tong berbanding di atas pangkin.

Suri rumah, Nuryatimah Mohd Ali, 60, berkata, dia lebih gemar memilih ikan dalam tong kerana ikan seperti kembung hitam berharga antara RM14 hingga RM15 sekilogram (kg) berbanding RM16.50 yang dipamerkan atas pangkin.

“Cencaru dalam tong RM7 hingga RM8 bergantung pada saiz, tetapi cencaru atas pangkin RM10. Begitu juga dengan ikan lain,” katanya.

Seorang penduduk, Tan Pin Pin, 54, berkata, sejak harga ikan terutama kembung hitam dan kembung belading naik mendadak dua minggu lalu, dia memilih untuk membeli ikan dalam tong.

“Ikan dalam tong bukan tidak baik, cuma ia kurang cantik kalau mahu dibandingk­an dengan ikan atas pangkin,” katanya.

Dia berkata, contohnya ikan parang dalam tong berharga antara RM18 hingga RM20 se kg, tetapi yang di atas pangkin RM25 se kg.

Sementara itu, tinjauan di Pasar Masjid Tanah mendapati pelanggan lebih cenderung membeli ikan di kaki lima pasar berbanding yang dipamerkan atas pangkin di dalam pasar.

Suri rumah, Salmah Abdul Ghani, 49, berkata, dia terkejut apabila mendapati ikan kembung hitam di atas pangkin dijual dengan harga RM20 se kg manakala yang

di kaki lima pasar

„ Ramai pelanggan beli hasil laut dalam tong berbanding atas pangkin

berharga RM15 se kg.

“Kembung atas pangkin lebih cantik kerana ia ikan baru berbanding ikan di kaki lima, tetapi harga terlalu jauh berbeza.

“Walaupun ikan di kaki lima sudah lembik, saya pilih ikan itu kerana ia lebih murah,” katanya.

Seorang lagi suri rumah, Kamariah Salleh, 57, berkata, sejak dua minggu lalu harga ikan terutama ikan kembung tidak pernah turun, sebaliknya berlegar antara RM16 hingga RM20 se kg menyebabka­n dia memilih untuk membeli ikan bersaiz kecil seperti selangat, tamban dan selayang.

“Keadaan ini dijangka berterusan hingga Tahun Baharu Cina kerana semakin hampir perayaan itu, permintaan terhadap ikan semakin meningkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia