Harian Metro

Mahal kesan kejatuhan ringgit

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

„ Nilai tukaran matawang beri impak kepada bahan mentah import sejak dua bulan lalu

Kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat antara punca harga daging import di pasaran kini meningkat begitu ketara.

Kesan kejatuhan mata wang itu bukan saja membebanka­n orang ramai, malah turut menjejaska­n perniagaan pembekal dan peniaga daging import di negara ini.

Pengarah syarikat pembekal daging sejuk beku import dari Klang, Selangor, Golden Star Solution Sdn Bhd, Mahfuz Opir berkata, pembekal terpaksa menanggung kenaikan harga bekalan sejak tahun lalu namun semakin ketara dua bulan kebelakang­an ini.

Katanya, terdapat 12 jenis daging sejuk beku di pasaran dan sebagai contoh, daging batang pinang sebelum kejatuhan nilai ringgit biasanya diperoleh daripada pengimport pada harga RM20 sekilogram untuk membolehka­n ia boleh dijual kepada peniaga pada RM21 sekilogram.

“Namun sejak Oktober lalu, harga yang dikenakan pengimport semakin meningkat dan memaksa kami menjual kepada peniaga pada harga sekitar RM24 sekilogram.

“Begitu juga dengan daging bahagian Silver Side, harga daripada pengimport adalah RM19.20 sekilogram, tetapi kami tidak boleh menolak (daging) kepada peniaga dengan harga lebih mahal kerana mereka hanya mahukan bekalan pada harga maksimum RM19.50 sekilogram.

“Jadi bayangkan, pembekal hanya mampu memperoleh keuntungan sekitar 30 sen saja untuk setiap kilogram dan tidak boleh menaikkan harga kerana jika tidak, peniaga tidak akan mengambil bekalan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mahfuz, setiap bahagian daging import mengalami kenaikan antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram dan menyebabka­n ramai peniaga tidak mengambil stok bekalan meskipun sudah menempah awal.

Katanya, keadaan itu sedikit sebanyak menjejaska­n perniagaan syarikat pembekal kerana mereka terpaksa membayar tunai kepada pengimport.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang ditambah pulakenaik­an harga, daging import memang susah untuk dijual.

“Ia menyebabka­n ramai peniaga terpaksa berhutang dengan pembekal dan syarikat saya sendiri juga terpaksa menanggung kredit puluhan ribu ringgit yang belum dilunaskan sehingga kini.

“Jika masalah itu berterusan tanpa penyelesai­an dan nilai mata wang ringgit terus menjunam, tidak mustahil kami boleh gulung tikar kerana tidak boleh menampung kos operasi,” katanya yang membekalka­n daging import kepada peniaga sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Langat.

Mahfuz berkata, pengimport­an daging beku biasanya dimonopoli oleh kaum Cina dan Konsortium Halalan Toyyiban yang ditubuhkan hasil gabungan beberapa syarikat pembekal Muslim tempatan berazam mahu memecah monopoli berkenaan.

Katanya, jika melihat kepada situasi semasa, tidak mustahil harga daging import terus melonjak sehingga perayaan Tahun Baru Cina kelak.

 ?? FOTO: MUHAMMAD ASYRAF SAWAL ?? NELAYAN (kanan) dibantu anaknya menolak bot bagi memukat ikan di sekitar pesisir pantai di Kampung Chempaka, Tanjung Lumpur, Kuantan.
FOTO: MUHAMMAD ASYRAF SAWAL NELAYAN (kanan) dibantu anaknya menolak bot bagi memukat ikan di sekitar pesisir pantai di Kampung Chempaka, Tanjung Lumpur, Kuantan.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia