Harian Metro

Van bawa 7 pelajar sekolah bertembung

-

Maran: Tepat jam 7.30 pagi semalam sepatutnya menjadi waktu pelajar bersedia bagi memulakan sesi perhimpuna­n persekolah­an.

Namun, malang tidak berbau bagi tujuh pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18, di sini, apabila van yang membawa mereka tidak tiba ke sekolah selepas bertembung dengan sebuah Perodua Myvi di Jalan Kampung Awah, Jengka 19, di sini.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi, tujuh pelajar terbabit masing-masing berusia 13 tahun dilaporkan cedera dengan seorang daripada mereka patah tangan dan kaki manakala pemandu van berkenaan cedera parah.

Pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan itu dilaporkan cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, Mohd Aidil Khairim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.53 pagi.

“Selepas mendapat panggilan itu, enam anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

“Ketika tiba di lokasi, kami mendapati pemandu van dan seorang pelajar di tempat duduk belakang tersepit manakala enam pelajar lain dan pemandu serta penumpang kereta berkenaan sudah dikeluarka­n orang ramai dan dibawa ke hospital,” katanya, semalam.

Menurutnya, semua pelajar termasuk pemandu van serta pemandu dan penumpang kereta berkenaan yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk mendapatka­n rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superinten­dan Mat Rizal Mat Radzi ketika dihubungi memaklumka­n siasatan lanjut kejadian berkenaan masih diteruskan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa selepas van yang membawa tujuh pelajar kemalangan di Jalan Kampung Awah, Jengka 19.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa selepas van yang membawa tujuh pelajar kemalangan di Jalan Kampung Awah, Jengka 19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia