Harian Metro

MUIP belum beri jawapan

-

Bentong: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu gambaran kesusahan dihadapi seorang suri rumah dalam membesarka­n dua anak yang juga orang kurang upaya (OKU) di FELDA Chemomoi, dekat sini.

Masni Sapar, 39, berkata, anaknya, Mohd Amirul Amri Mohd Zainal, 17, dikategori­kan OKU kerana masalah pembelajar­an manakala Mohd Nawawi, 15, menghidap penyakit saraf sejak kecil.

“Bagaimanap­un, ke- dua-dua mereka tidak mendapat sebarang bantuan da- ripada mana-mana pihak.

“Saya ada memohon ban- tuan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk Mohd Amirul Amri dan Mohd Nawawi melalui seorang rakan, namun masih belum menerima maklum balas.

“Saya juga ingin memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun hajat itu tidak kesampaian apabila tiada kenderaan untuk ke bandar Bentong,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Wanita itu berkata, suaminya, Mohd Salleh Kudong, 69, hanya bekerja buruh kampung dengan pendapa- tan tidak menentu sebagai sumber utama mereka untuk menyara kehidupan.

Katanya, lebih memilukan suaminya kini tidak mampu bekerja kerana patah kaki akibat kemalangan motosikal, tahun lalu.

“Hasil ladang kelapa sawit suami saya sekarang amat tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup kami kerana ia tidak berapa mengeluark­an hasil, ditambah pula perlu membayar upah mengurus ladang kerana suami tidak dapat bekerja lagi sekarang.

“Kalau boleh dapat bantuan bulanan daripada MUIP dan JKM, dapatlah meringanka­n sedikit beban dalam membesarka­n anak-anak,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Masni berkata, ketika ini dia hanya berniaga kecil-kecilan dan membuat penyapu lidi untuk menampung beban hidupnya.

“Dengan pendapatan berniaga dan membuat penyapu lidi ini dapat mengurangk­an sedikit beban kami sekeluarga,” katanya.

 ??  ?? MOHD Salleh (kanan) bersama keluargany­a di FELDA Chemomoi.
MOHD Salleh (kanan) bersama keluargany­a di FELDA Chemomoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia