Harian Metro

Bongkar sejarah 200 tahun

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

„ 100 serpihan barangan zaman Dinasti Qing ditemui di tapak pembinaan saliran longkang

Penemuan barangan purba di tapak pembinaan saliran longkang berhampira­n Balai Polis Sentral di Jalan Khoo Yeang, di sini, Sabtu lalu, diyakini mampu memberi kesan terhadap perubahan lanskap sejarah negara.

Semalam, lokasi penemuan serpihan barangan dari zaman Dinasti Qing yang dipercayai berusia 200 tahun itu ditutup untuk orang awam bagi menjalanka­n kerja cari gali di kawasan berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Dr Charles Leh Moi Ung berkata, penemuan itu diharapkan memberi gambaran jelas mengenai aktiviti sejarah masa lalu di kawasan berkenaan seperti aktiviti perdaganga­n.

Menurutnya, lokasi penemuan terletak berhampira­n Tebingan Kuching, dekat Sungai Sarawak berkemungk­inan menempatka­n pelabuhan maritim yang sesak dengan aktiviti perdaganga­n bersama China.

“Lebih 100 serpihan barangan termasuk pinggan dan mangkuk ditemui di lokasi terletak berhadapan Muzium Negeri Sarawak.

“Selain tembikar itu, barangan lain ditemui ialah serpihan gelang dipercayai milik pedagang Cina yang bernilai tinggi namun nilai sebenar barang kemas belum dapat ditentukan lagi,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Arkeologi Muzium Sarawak Mohd Sherman Sauffi berkata, pihaknya berharap menemui duit syiling lama di lokasi terbabit bagi membantu mereka menentukan dengan tepat tarikh dan tahun serpihan barangan berkenaan.

“Oleh kerana berlaku aktiviti perdaganga­n di masa lampau, di sini, kami percaya boleh mencari peninggala­n syiling bagi membantu kajian kami di kawasan itu.

“Ketika ini, kami melakukan pembersiha­n serpihan barangan ditemui dan melabelkan barangan itu kepada tiga kategori iaitu kaca, seramik dan tembikar,” katanya.

 ??  ?? LOKASI penemuan serpihan barangan dari zaman Dinasti Qing ditutup untuk orang awam bagi menjalanka­n kerja cari gali.
LOKASI penemuan serpihan barangan dari zaman Dinasti Qing ditutup untuk orang awam bagi menjalanka­n kerja cari gali.
 ??  ?? ANTARA serpihan barangan yang ditemui di tapak pembinaan saliran longkang berhampira­n Balai Polis Sentral di Jalan Khoo Yeang.
ANTARA serpihan barangan yang ditemui di tapak pembinaan saliran longkang berhampira­n Balai Polis Sentral di Jalan Khoo Yeang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia