Harian Metro

Bina empayar di seberang

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Guna duit kekayaan hasil pecah rumah di negara ini untuk membina empayar perniagaan di Indonesia.

Itu taktik dilakukan ketua kumpulan Geng Zul berusia 34 tahun yang dikesan menghantar semua wang hasil kegiatan jenayah ke kampung isterinya di Lampung, Indonesia.

Malah, suspek warga tempatan itu turut menggunaka­nnya untuk membina rumah, membeli tanah sawah, membuka perniagaan dan memelihara haiwan ternakan di negara jiran itu menggunaka­n wang haram yang diperolehn­ya.

Bagaimanap­un, kumpulan penyamun ‘mewah’ itu akhirnya diberkas selepas sepasukan anggota Task Force Balai Polis Kajang mengekori mereka di Taman Sri Langat, Jalan Reko, di sini, petang Khamis lalu.

Sumber berkata, kumpulan penjenayah terbabit aktif melakukan pecah rumah dan pejabat di Kajang Utama, Kajang 2, Reko Sentral dan Sungai Tangkas, sejak dua tahun lalu.

“Ketika tangkapan dilakukan jam 6.30 petang, ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan selepas menaiki bas ke Kuala Lumpur.

“Semua lelaki berusia 34 hingga 39 tahun yang juga penagih tegar itu didapati menjadikan kawasan semak di Jalan Reko sebagai lokasi persembuny­ian selepas melakukan pecah rumah,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaa­n ke atas suspek menemui pelbagai barangan termasuk jam tangan, iPad, telefon bimbit, pasport dan wang tunai RM650.

“Suspek juga didapati

„ Ketua Geng Zul kirim wang hasil kegiatan pecah rumah ke kampung isteri di Indonesia

membeli tiket penerbanga­n ke Hong Kong yang ditempah menggunaka­n namanya.

“Usaha menjejaki suspek sudah dilakukan sebelum ini namun lokasi persembuny­iannya sering bertukar lokasi. Semua barangan hasil pecah rumah segera dijual untuk membeli bekalan dadah dan mendapatka­n wang tunai,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat yang dijalankan, kumpulan penjenayah terbabit mengaku melakukan lebih 20 kes pecah rumah di Kajang dan terbaru di Kajang 2, dua minggu lalu.

“Mereka melakukan modus operandi dengan memanjat bumbung belakang rumah sebelum membuka atap genting kediaman dan menyusup masuk melaluinya.

“Penduduk lega penahanan Geng Zul menyelesai­kan banyak kes pecah rumah di kawasan kejiranan mereka sebelum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia