Harian Metro

‘Sinar baru hidup kami’ Guru simpati akhirnya jatuh hati

-

Pengkalan Hulu: Prihatin dengan kedaifan Rumah Anak Yatim dan Miskin at-Taqwa di sini, seorang guru yang membantu mencari dana akhirnya ‘jatuh hati’ dengan penghuniny­a dan kini menjadi pengerusi rumah berkenaan.

Pada mulanya, Mohamed Salleh Ismail, 56, bersama keluarga melawat rumah anak yatim itu yang baru dibuka dalam keadaan serba kekurangan pada 2008 lalu.

Dari situ timbul rasa sayang dan beliau berterusan membantu mencari dana daripada pelbagai pihak untuk membangunk­an prasarana serta keperluan anak yatim dan miskin.

Melihatkan komitmen berterusan, ahli jawatankua­sa rumah anak yatim itu melantik Mohamed Salleh menjadi penasihat sebelum dipilih sebagai pengerusi sejak tujuh tahun lalu.

“Saya dilantik sebagai pengerusi selepas memilih bersara awal pada usia 49 tahun dan kini memasuki penggal ketiga mencurah khidmat bakti kepada Rumah Anak Yatim dan Miskin at-Taqwa.

“Memang banyak kekurangan pada mulanya, namun berkat kegigihan ahli jawatankua­sa dan sumbangan orang ramai serta kerajaan, ia dapat memiliki beberapa kemudahan secara berperingk­at,” katanya.

Menurutnya, penghuni di situ menjadi tanggungja­wab pihak pengurusan 100 peratus kerana semuanya datang daripada keluarga daif dan mereka tidak dikenakan sebarang yuran.

“Semua penghuni mendapat bantuan penuh termasuk wang belanja harian, buku, pakaian dan yuran sekolah serta dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kemasukan penghuni dibuat dengan permohonan keluarga atau kanak-kanak itu sendiri selain pemilihan ahli jawatankua­sa dengan mengutamak­an anak yatim serta keluarga miskin tegar berdasarka­n prosedur JKM dan agensi berkaitan,”

„ 28 penghuni akhiri sengsara selepas menginap di Rumah Anak Yatim dan Miskin at-Taqwa

katanya.

Mohamed Salleh berkata, dengan tujuh kakitangan tetap, Rumah Anak Yatim dan Miskin at-Taqwa masih memerlukan bantuan sukarelawa­n untuk membantu penghuni di situ terutama dari segi pelajaran dan motivasi.

“Biarpun lokasinya jauh, kami bersyukur kerana ada pelbagai pihak termasuk orang perseorang­an dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurk­an bantuan serta mengadakan program di sini, malah keadaannya lebih meriah pada Ramadan dan menjelang Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata, mereka kini dalam proses membina dewan makan secara berperingk­at dan mengalukan sumbangan bagi menampung kos pembinaan terbabit yang boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam bernombor 0204-80100-37028 atau hubungi pejabat di talian 04-4778240 untuk keterangan lanjut. dia bersetuju,” katanya.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, permulaan hidup di asrama sangat berbeza dengan kehidupan di rumah apabila dia dapat belajar berdikari dan mengenal erti hidup apabila masuk ke asrama itu.

“Di sini saya perlu menguruska­n diri sendiri dan belajar berinterak­si dengan rakan baru.

“Perkara paling penting apabila saya lebih menghargai hubungan silaturahi­m antara rakan dan adik beradik saya,” katanya yang berazam mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sebelum meneruskan cita-cita menjadi guru.

Siti Nabilah berkata, ayahnya meninggal dunia pada 2015 dan kini dia hanya mempunyai ibu serta empat beradik.

Rakannya, Nor Aishah Nurudin, 17, berkata, dia masuk ke asrama berkenaan pada 2012 berikutan kemiskinan keluarga.

Katanya, ayahnya meninggal dunia pada 2009 sebelum disusuli ibunya pada 2014.

“Suasana asrama berbeza dengan rumah. Di sini, saya lebih fokus kepada pelajaran dan dapat mendalami ilmu agama kerana persekitar­annya sangat bagus untuk pelajar,” katanya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia berazam mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n SPM tahun ini bagi mencapai impian bergelar doktor.

Katanya, dia kini mempunyai keluarga angkat di Pengkalan Hulu dan sentiasa pulang ke sana apabila ada masa lapang.

“Saya juga masih berhubung dengan abang dan kakak kandung serta bersyukur kerana mereka sentiasa mengambil berat hal saya,” katanya.

Penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin at-Taqwa bukan saja mengikuti pembelajar­an formal di sekolah berhampira­n serta Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) pada waktu petang, malah turut mempunyai jadual akademik dan agama menjelang malam serta hujung minggu.

Selain diasuh dari segi akademik, penghuni turut dididik dengan pembinaan sahsiah dan kemahiran sebagai persediaan masa depan yang lebih cerah.

 ??  ?? PENGHUNI Rumah Anak Yatim dan Miskin at-Taqwa sering membantu dalam aktiviti harian mereka.
PENGHUNI Rumah Anak Yatim dan Miskin at-Taqwa sering membantu dalam aktiviti harian mereka.
 ??  ?? MOHAMED Salleh
MOHAMED Salleh
 ??  ?? SETIAP penghuni dipastikan mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.
SETIAP penghuni dipastikan mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia