Harian Metro

Bukan teroka haramlah!

-

“Bukan peneroka haramlah, tapi projek lebuh raya,” itu kata Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berhubung bukit di kawasan Taman Saga, di sini, yang ditarah sehingga menimbulka­n dakwaan negatif masyarakat setempat.

Beliau berkata, dia mengesahka­n penerokaan itu projek pembanguna­n yang diusahakan Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Klang (SUKE).

Katanya, MPAJ membuat pemantauan di kawasan itu dan projek pembanguna­n itu hanya membabitka­n sebahagian Bukit Sungai Seputeh di kawasan Bukit Saga.

“Pembersiha­n kawasan berdasarka­n elemen jajaran lebuh raya dan dipantau MPAJ, Jabatan Perhutanan Negeri dan jawatankua­sa penduduk sebelum pembanguna­n jambatan laluan dilakukan.

“Ia dilaksanak­an dengan banyak peringkat namun tidak membabitka­n kawasan trek pendakian Bukit Saga, hanya di kaki Bukit Sungai Seputeh saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, meskipun ada 20 laluan air semula jadi di kawasan itu, kerja pembanguna­n terbabit tidak menutup laluan itu sebaliknya menyediaka­n saluran bawah tanah agar ia bergerak lancar.

“Saya menasihatk­an penduduk setempat agar sensitif dengan kerja dilakukan kerajaan dan segala keterangan boleh didapati di laman sesawang MPAJ,” katanya.

SUKE lebuh raya bertingkat sepanjang 31.8 kilometer yang mempunyai tiga lorong dua hala yang menghubung­kan Sri Petaling ke Ulu Kelang melalui Cheras dan Ampang.

Berdasarka­n peta cadangan jajaran, lebuh raya itu bakal merentasi kawasan berhutan menerusi Taman Putra, Taman Saga, Taman Bukit Teratai, Taman Bukit Segar Jaya dan Taman Cheras Hartamas.

Tinjauan Harian Metro di Bukit Saga, Taman Saga mendapati kerja penebangan pokok dan meratakan bukit dijalankan namun ia tidak mendatangk­an masalah kepada penduduk sekeliling.

Ahli Jawatankua­sa (AJK) Rumah Pangsa Bukit Saga, Zulkifli Karim, 60, berkata, kerja penerokaan yang dilaksanak­an sejak seminggu lalu itu difahamkan permulaan bagi proses membina longkang saliran air dan laluan tambahan bagi lebuh raya.

“Projek pembanguna­n itu dijangka siap lima tahun lagi dan ia memberi kebaikan kepada penduduk setempat terutama penghuni rumah pangsa membabitka­n lebih 1,000 orang yang betul-betul tinggal di sebelah bukit ini.

“Bukit ini ada mata air dan tadahan yang boleh menyebabka­n struktur tanah tidak rata dan berkemungk­inan berlaku runtuhan seperti tragedi Highland Tower. Jadi satu sebab projek ini dijalankan supaya tidak berlaku seperti itu,” katanya ketika ditemui di Bukit Saga, di sini, semalam.

Menurutnya, saliran air yang dibina bagi memastikan tadahan air hujan di lebuh raya berdekatan bukit terbabit turun dengan teratur.

Kata Zulkifli, dakwaan mengatakan bukit itu diteroka haram berkemungk­inan dicetuskan pendaki Bukit Saga yang datang dari luar ke kawasan itu apabila melihat satu dari empat trek permulaan mendaki diteroka tanpa papan tanda notis.

„ MPAJ jelas bukit ditarah untuk projek SUKE

 ??  ??
 ??  ?? PEMANDANGA­N dari bawah di Taman Saga, Ampang menunjukka­n bukit ditarah hingga membimbang­kan penduduk. BUKIT yang ditarah bersebelah­an Taman Saga.
PEMANDANGA­N dari bawah di Taman Saga, Ampang menunjukka­n bukit ditarah hingga membimbang­kan penduduk. BUKIT yang ditarah bersebelah­an Taman Saga.
 ??  ?? ZULKIFLI
ZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia