Harian Metro

Hiba suami isteri rayu ringan hukuman

-

Alor Setar: “Saya mohon mahkamah meringanka­n hukuman dan jika boleh tidak dipenjarak­an kerana mempunyai empat anak kecil manakala yang bongsu masih menyusu badan selain menyara ibu bapa dan ibu mentua,” rayu Afizah Md Yusoff, 36, dalam keadaan menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan rasuah yang dilakukann­ya pada 2012.

Malah, suaminya Mohamad Reduan Hussain, 39, turut merayu hukuman ringan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Zanol Rashid kemudian memutuskan Afizah dikenakan bon berkelakua­n baik selama tiga tahun dengan seorang penjamin manakala suaminya dipenjara sehari dan didenda RM170,251.25 selain berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu dan dipenjara enam bulan.

Pasangan itu yang juga bekas pensyarah Kolej Komuniti Padang Terap kelihatan muram manakala wanita terbabit tidak berhenti menangis menyebabka­n pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) terpaksa memberi tisu bagi mengelap air matanya.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, hakim turut menasihati pasangan terbabit melakukan tindakan dengan betul sebelum membuat sebarang keputusan apatah lagi mereka adalah penjawat awam.

“Kena fikir habis-habis sejak dari awal lagi. Ini adalah satu kesilapan dan diharapkan keputusan ini memberikan peluang untuk bertaubat,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Afizah didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk mendapatka­n suapan bagi syarikat adik kandungnya dengan menyediaka­n Pesanan Kerajaan bernombor P12000029 ke atas pembekalan alat ganti kelengkapa­n elektrik bernilai RM34,250.25, pada 14 Jun 2012 di kolej berkenaan.

Ia diberikan kepada Syarikat RHA Sepakat Enterprise dan tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Mohd Reduan pula didakwa menggunaka­n kedudukan untuk mendapatka­n suapan berkenaan dengan memperakui pesanan kerajaan itu pada 18 Jun 2012 di kolej sama dan turut dihukum mengikut seksyen sama.

 ??  ?? MOHD Fairuz diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman denda, semalam.
MOHD Fairuz diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman denda, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia