Harian Metro

Lelaki takut bini didenda RM1,400

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Seorang lelaki didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas didapati bersalah membuat laporan polis palsu kerana takut dimarahi isteri selepas wang diberi wanita berkenaan hilang Jun tahun lalu.

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fairuz Malik, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja membuat laporan polis palsu berkaitan kejadian samun. Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, pada jam 5.45 petang, 4 Jun

2016.

Prosiding pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari merayu kepada mahkamah supaya hukuman ringan dikenakan dengan alasan tertuduh tiada pilihan dan terpaksa membuat laporan palsu kerana kehilangan wang yang diamanahka­n isterinya.

Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM36,000 berkaitan urusan satu hutang lapuk, dua tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Abdul Rahim Hassan, 62, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM36,000 iaitu 10 peratus daripada hasil kutipan Hutang Lapuk TEKUN Nasional daripada Abdul Muhsin Abdul Rahman, 46, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) antara jam 8.30 malam dan 9 malam, 13 Januari 2015.

Ia sebagai dorongan melakukan transaksi bagi mempercepa­tkan bayaran tuntutan Syarikat Pasadana Sdn Bhd berkaitan invois berjumlah RM360,009.80.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia