Harian Metro

JKDM rampas mercun Tahun Baru Cina

-

Bukit Kayu Hitam: Walaupun perayaan Tahun Baru Cina hanya disambut pada minggu terakhir bulan ini, ia bukan halangan untuk lima penyeludup membawa bekalan mercun dan bunga api dari Thailand untuk dipasarkan di negara ini.

Namun, cubaan mereka untuk meraih untung besar melalui cara itu gagal apabila ditahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah bersama mercun dan bunga api seberat 6,900 kilogram (kg) serta bernilai RM160,500 dalam dua kejadian berasingan di kawasan Bukit Kayu Hitam, minggu lalu.

Pengarah Kastam negeri Johari Alifiah berkata, dalam kejadian pertama sekitar jam 7.55 petang pada 3 Januari lalu, anggotanya mengesan lori tiga tan melalui laluan di Kampung Darat, kira-kira lima kilometer dari pekan Changlun.

“Lori itu didapati menghala ke kawasan Bukit Wang di sini dan apabila diamati, pemandunya berada dalam keadaan mencurigak­an.

“Selepas ditahan, pemeriksaa­n selanjutny­a pada muatan lori itu mengesan 270 kotak mercun dan bunga api seberat 5,000kg.

“Pemandu lori itu bagaimanpu­n gagal mengemukak­an sebarang dokumen bagi membuktika­n bahawa muatan mercun dan bunga api berkenaan sudah lulus pemeriksaa­n Kastam dan kita terpaksa menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di Pejabat Penguatkua­saan JKDM Bukit Kayu Hitam semalam.

Johari berkata, semakan mendapati pemandu lori itu seorang warga tempatan berusia 35 tahun dan dipercayai memperoleh­i bekalan mercun dan bunga api berkenaan dari Thailand.

Nilai rampasan sekitar RM130,000 manakala jumlah cukainya RM76,700.

Menurut Johari, dua hari kemudian sekitar jam 12.30 tengah malam, anggota Kastam di Bukit Kayu Hitam mengesan empat kenderaan iaitu tiga Proton Alza dan sebuah Proton Waja diletakkan di bahu jalan di KM0.1 Lebuh Raya PLUS di Bukit Kayu Hitam berdekatan pintu sempadan Malaysia-Thailand.

“Kenderaan itu diletak di bahu jalan di laluan menghala ke utara iaitu laluan masuk ke negara ini dan mengesyaki sesuatu yang mencurigak­an sebelum membuat pemeriksaa­n,” katanya.

 ??  ?? JOHARI (tiga dari kanan) menunjukka­n mercun yang dirampas.
JOHARI (tiga dari kanan) menunjukka­n mercun yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia