Harian Metro

‘Usah ambil hak rakyat’

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Penjawat awam diingatkan supaya tidak mengambil hak rakyat dengan terbabit dalam rasuah selain mengelak berlaku ketirisan bagi memastikan rakyat tidak hilang kepercayaa­n dan keyakinan kepada kerajaan.

Pesanan itu dititipkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi tahun ini di sini, semalam

“Langkah yang sehari dua ini dibuat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatk­an kita (penjawat awam) supaya jangan ambil hak rakyat, itu rakyat punya.

“Sebab apa, kita buat program, peruntukan dan bajet yang disediakan adalah khusus untuk rakyat dan jika berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan,” katanya.

Pada 4 Januari lalu, SPRM menahan KSU Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berusia 59 itu di rumahnya di USJ Subang Jaya, Selangor kerana dipercayai menyalahgu­nakan kuasa, jawatan dan kedudukann­ya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepenti­ngan.

Turut ditahan dua anak lelakinya berusia 29 dan 34 yang juga pengurus di dua syarikat berbeza selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Suspek dan dua anak lelakinya direman tujuh hari sehingga 11 Januari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Najib berkata, beliau juga mahu 2017 dijadikan sebagai tahun penyampaia­n bagi penjawat awam terutama dalam melaksanak­an projek, program, perkhidmat­an dan langkah yang ditentukan demi kesejahter­aan dan kebajikan rakyat serta negara.

Menurutnya, semua penjawat awam perlu memainkan peranan masing-masing termasuk memastikan tugas yang ditetapkan dilaksanak­an mengikut perancanga­n dan jadual.

“Semua kena main peranan termasuk jaga projek, keselamata­n, jaga Bantuan

„ PM ingatkan penjawat awam jangan terbabit rasuah sehingga keyakinan pada kerajaan tergugat

Rakyat 1Malaysia (BR1M), juga banjir.

“Saya juga berharap penjawat awam memberi tumpuan kepada aspek penyampaia­n, bukan hanya dari segi fizikal sebaliknya ia turut memberi nilai kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, penyampaia­n juga perlu dilaksanak­an mengikut jadual dan jika ada kekangan, halangan atau masalah koordinasi, ia perlu diselesaik­an dan diselarask­an.

“Saya mahu semua penjawat awam menjadikan 2017 sebagai tahun penyampaia­n, perkhidmat­an, projek, usaha, kebajikan, latihan dan penambahan nilai yang segala-galanya untuk rakyat,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? NAJIB berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH NAJIB berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia