Harian Metro

Tangkap ‘jerung’ jangan bermusim

-

Bagan Datuk: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatka­n penahanan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) baru-baru ini menunjukka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu serius menangani gejala rasuah.

Ahmad Zahid berkata, penahanan itu adalah langkah sewajarnya bagi mengatasi gejala itu dengan tidak hanya menahan ‘ikan bilis’ sebaliknya ‘jerung’ memandangk­an kedudukan Malaysia yang agak tinggi dalam Indeks Amalan Rasuah yang disenaraik­an pihak antarabang­sa.

“Kita berharap usaha ini akan diteruskan, jangan ada kompromi kerana langkah seperti ini akan meletakkan imej yang baik kepada negara,” katanya selepas Majlis Pengisytih­aran Daerah Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA), semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berharap tindakan penangkapa­n ‘jerung’ rasuah itu bukan langkah bermusim, sementara atau kes terasing namun usaha berterusan SPRM sepanjang masa.

Katanya, beliau yakin kepimpinan SPRM sekarang memiliki keazaman yang kuat dan jitu bagi membantera­s amalan rasuah dan menahan ‘jerung’ yang terbabit dalam kegiatan itu.

Pada 4 Januari lalu, SPRM menahan Ketua Setiausaha KKLW berusia 59 tahun di kediamanny­a atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Dua anak lelakinya masing-masing berusia 29 dan 34 tahun yang juga pengurus di dua syarikat berbeza turut ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, selepas memberi keterangan.

Berikutan penahanan itu, SPRM merampas jongkong emas, beg tangan berjenama dan jam tangan mewah bernilai lebih RM3 juta dalam pemeriksaa­n lebih 12 jam di rumah suspek.

Sehari selepas itu, SPRM merampas dan menyita beberapa aset lain termasuk jongkong emas seberat lapan kilogram (kg) bernilai RM1.6 juta dan wang tunai hampir RM1 juta termasuk mata wang AU$80,000 (RM264,000) dari peti simpanan suspek di dua bank di ibu negara.

Turut dirampas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima milik anak lelaki suspek.

Suspek dan dua anak lelakinya kini direman tujuh hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia