Harian Metro

MARA tumpu penuntut UA

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ Usaha kurangkan hantar pelajar ke luar negara

Majlis Amanah Rakyat (MARA) meneruskan pemberian biasiswa kepada penuntut Bumiputera dengan tumpuan utama diberikan kepada mereka yang melanjutka­n pengajian di dalam negara mulai tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaa­n itu dilakukan bagi mengurangk­an penghantar­an pelajar ke luar negara.

“Pemberian biasiswa ini tertumpu kepada penuntut ditawarkan melanjutka­n pengajian di universiti awam (UA) sebagai menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan.

“Selain itu, kaedah dilaksanak­an itu juga dapat membantu kerajaan memberi biasiswa kepada lebih ramai pelajar di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2017, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Ketua Setiausaha (Bahagian Dasar), Datuk Azizan Mohd Sidin dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Keusahawan­an Desa KKLW, Datin Seri Elena Chiang Abdullah.

Ismail Sabri berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM2 bilion tahun ini sebagai biasiswa MARA untuk pelajar Melayu dan Bumiputera.

Ismail Sabri berkata, mulai tahun ini juga, MARA memperbany­akkan program berkembar membabitka­n pengajian di dalam serta luar negara, bagi mengurangk­an penghantar­an penuntut ke luar negara.

“Menerusi program ini, penuntut mengikuti program asasi dalam negara terlebih dahulu dan ke luar negara pada tahun ketiga atau akhir pengajian bertujuan memberikan lebih banyak pendedahan.

“Jika kita terus menghantar penuntut belajar sepenuh masa di luar negara, ia seolah-olah kita memberikan isyarat salah kepada penuntut luar negara yang ingin belajar di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, difahamkan kos bagi pengajian perubatan di luar negara mencecah RM1 juta bagi setiap penuntut, tetapi sekitar RM280,000 atau RM300,000 di dalam negara.

Katanya, MARA juga akan melihat negara lain selain negara biasa dipilih untuk menghantar penuntut tajaan termasuk mungkin ke India bagi jurusan perubatan dan Perancis atau Jerman bagi jurusan kejurutera­an.

 ??  ?? ISMAIL (kanan) pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2017, semalam.
ISMAIL (kanan) pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia