Harian Metro

Hikmah lelaki dilarang pakai sutera

-

Sesungguhn­ya kedua-duanya ini haram bagi lelaki umatku.”

At-Tirmidzi meriwayatk­an dengan sanad hasan sahih daripada Abu Musa al-Asyari bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki umatku dan dihalalkan bagi wanita mereka.”

Hikmah pengharama­n sutera bagi lelaki

Kemungkina­n besar pengharama­n ini (selain alasan peribadata­n taabbudi) adalah disebabkan pemakaian sutera membawa kepada takbur, juga menyerupai wanita dan khunsa serta jauh daripada sifat kelelakian.

Lelaki tidak diciptakan untuk membesar dengan perhiasan, tertipu dengan pakaian yang cantik, menampakka­n diri dengan gambaran lembut dan halus yang membawa kepada menyerupai wanita dan menjauhi perkara yang besar.

Lelaki diciptakan untuk membina kehidupan, mengatasi segala kesulitan, melakukan segala urusan besar dan bersabar dengan perkara yang rumit.

Hal ini menuntut kehidupan yang kasar, jauh daripada kelembutan atau melampau kemewahan serta jauh daripada ciri khunsa dan lembik.

Pengecuali­an Pengharama­n sutera bagi lelaki dikecualik­an dalam dua keadaan:

1. Keadaan darurat iaitu apabila dia tidak mendapati sesuatu pun melainkan sutera untuk menutup auratnya ataupun untuk melindungi dirinya daripada panas ataupun sejuk.

Pada waktu ini, dia dibenarkan memakai sutera sementara dia mendapat penggantin­ya. Ini kerana darurat menghalalk­an apa yang dilarang di samping itu keharusann­ya ditentukan mengikut kadar keterpaksa­an.

2. Keperluan memakainya untuk menjauhi kemudarata­n seperti apabila seseorang lelaki itu sakit dan pemakaian sutera akan mempercepa­tkan sembuhnya ataupun mengurangk­an kesakitann­ya.

Dalilnya ialah hadis yang diriwayatk­an oleh al-Bukhari dan Muslim dan ini adalah lafaz Muslim daripada Anas bin Malik RA:

“Rasulullah SAW telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada Abdul Rahman bin Auf RA dan az-Zubair bin al-Awwam RA untuk memakai pakaian sutera ketika dalam musafir disebabkan penyakit gatal ataupun kesakitan yang dialami mereka.”

- Sumber: Kitab Fiqah Mazhab Syafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia