Harian Metro

Apabila ukhuwah terlerai

- HARIAN METRO

„ Umat Islam berpecah-belah, masing-masing utama kepentinga­n diri

Perpaduan adalah nadi kepada keutuhan sesuatu bangsa. Ini elemen yang harus dijaga dan dipupuk dalam kalangan ahli masyarakat supaya kehidupan sentiasa aman dan tenteram. Dengan itu, mudah untuk kita mencapai kemajuan dan kecemerlan­gan.

Tidak pernah wujud dalam sejarah dunia, negara yang berada dalam keadaan huru-hara boleh mencapai kemajuan dalam kehidupan masyarakat­nya.

Bahkan, mereka dihimpit ketakutan, kesukaran, kelaparan dan kemelarata­n. Untung nasib mereka sukar untuk diramal. Kita boleh saksikan sendiri hal ini sama ada dari dekat mahupun di kejauhan dengan paparan yang disiarkan media massa ketika ini.

Lihat di Iraq dan Syria. Suatu ketika dulu perbatasan itu menjadi pusat ketamaduna­n dan keilmuan, bahkan tumpuan pelancong seantero dunia untuk melihat dari dekat peninggala­n sejarah ataupun sisa tamadun silam yang begitu berharga.

Namun, kini ia menjadi lokasi persengket­aan. Akibat sengketa itu, segala-galanya yang dulunya sangat indah, kini bertukar wajah hancur berkecai.

Kepentinga­n diri dan puak menguasai peribadi sehingga terlucut seluruh ikatan ukhuwah yang sebelum itu dipelihara dengan rapi.

Masing-masing ingin menjadi juara. Mereka sudah tidak sehaluan dan seiringan. Malah, saudara seagama sendiri sanggup dijadikan sasaran kezaliman. Sampai ke tahap sedemikian jadinya umat Islam pada akhir zaman ini.

Kita di negara yang makmur ini harus mengambil iktibar daripada kejadian berkenaan. Marilah kita mengukuhka­n kefahaman mengenai kepentinga­n menjaga hubungan persaudara­an dengan meneliti hadis Rasulullah SAW seperti berikut:

Umpama sebuah bangunan

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: “Orang

Mukmin dengan orang Mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebahagian menguatkan sebahagian yang

lain.” (Riwayat Muslim)

Ini gambaran yang seharusnya dibina dalam masyarakat Islam. Sikap saling membantu dan bekerjasam­a adalah lambang kepada keteguhan persaudara­an umat Islam.

Hal berkenaan sudah direalisas­ikan Baginda SAW ketika hayatnya. Persaudara­an antara Muhajirin dan Ansar adalah model yang sangat baik untuk dicontohi. Melalui persaudara­an itu umat Islam menjadi kuat dan bermaruah.

Seperti satu tubuh

Nabi Muhammad SAW bersabda, mafhumnya: “Perumpamaa­n kaum Mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan

menyayangi seperti tubuh. Jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau berasa demam.”

(Riwayat Imam Muslim)

Ini gambaran masyarakat Islam yang diidamkan dengan setiap individu Muslim tanpa mengira darjat, keturunan dan kedudukan dapat menghayati falsafah kehidupan bermasyara­kat, yakni menjaga hubungan persaudara­an serta bersikap prihatin terhadap yang lain.

Cermin bagi saudaranya

Sayidina Hasan bin Ali RA mengatakan bahawa

Baginda SAW bersabda, mafhumnya: “Seorang Mukmin adalah cermin bagi saudaranya. Jika dia melihat suatu aib pada diri saudaranya, maka dia memperbaik­inya.”

Hadis ini seharusnya menyedarka­n kita mengenai sikap sebenar yang mesti kita pamerkan dalam menjalani kehidupan bermasyara­kat iaitu menasihati, menegur dan memperbetu­lkan yang salah dengan cara baik lagi lemah lembut. Bukan dengan cara kasar, menyakitka­n hati dan memalukan.

Bahkan, kita tidak sepatutnya menuduh dan membuka aib saudara seagama. Usah berbangga dan bergembira kerana berjaya membongkar rahsia ataupun merakam keburukan peribadi orang. Lihat kepada diri sendiri terlebih dulu. Jaga hubungan kita! Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah

 ??  ?? PERSENGKET­AAN hanya membawa kemusnahan.
PERSENGKET­AAN hanya membawa kemusnahan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia