Harian Metro

Sumber ‘songsang’ media sosial

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

„ Sultan Sharafuddi­n seru masyarakat baca bahan bacaan beri maklumat tepat

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menyeru masyarakat supaya tidak hanya bergantung kepada media sosial yang bukan pengetahua­n sebenarnya.

Baginda menasihatk­an masyarakat supaya terus tetap membaca buku, majalah dan akhbar yang benar-benar memberikan maklumat betul serta tepat.

“Jangan hanya bergantung kepada bacaan daripada media sosial yang banyak mengandung­i khabar angin dan berita sensasi saja bukan pengetahua­n sebenar-benarnya.

“Perkara ini sekiranya tidak dibendung akan menjadi parah dan boleh mengakibat­kan negara menjadi huru-hara akibat daripada fitnah dan khabar angin yang berleluasa,” titah baginda ketika berucap melancarka­n

buku biografi Sagiyah Salikin: Tahu Menjaga Tuah tulisan Ruhayah Mahmod di sini, semalam.

Toh Puan Sagiyah Salikin adalah isteri bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Sultan Sharafuddi­n bertitah, baginda bangga kerana kini ramai orang Melayu dan bangsa lain di negara ini yang menulis buku untuk bacaan generasi akan datang, sekali gus menjadi panduan dan teladan.

Titah baginda, berbanding dengan zaman sebelum merdeka, terdapat ramai penulis berbangsa Inggeris dan bukan orang tempatan yang merekodkan peristiwa serta maklumat, namun ada kalanya terdapat beberapa fakta tidak tepat serta dimanipula­sikan mengikut agenda penulis kerana mahu mempengaru­hi generasi masa depan untuk kepentinga­n politik dan ekonomi sesuatu bangsa yang menjajah.

“Ini menyebabka­n bangsa Melayu yang kaya dengan adat dan budaya sedikit demi sedikit dipengaruh­i oleh pemodenan tidak seimbang.

“Amalan yang tidak beretika dalam penulisan buku perlu dicegah dan dipantau pihak berwajib supaya generasi akan datang memperoleh fakta benar dan bukan sekadar cerita dongeng sedap dibaca saja,” titahnya.

Sultan Sharafuddi­n bertitah, baginda sentiasa menggalakk­an penulisan buku bersifat biografi kerana menerusi buku itu, masyarakat boleh mengambil pengajaran daripada nilai dimiliki seseorang yang menjadi pilihan pengarang.

“Beta berkenan supaya amalan penulisan buku ini dijadikan budaya supaya mereka yang dahagakan ilmu pengetahua­n tidak berkurang idea dalam menghasilk­an ciptaan dan inovasi, seiring dengan keperluan teknologi masa kini,” titahnya.

“Amalan yang tidak beretika dalam penulisan buku perlu dicegah dan dipantau

pihak berwajib

Sultan Sharafuddi­n Idris Shah

 ?? FOTO:
AIZUDDIN SAAD ?? SULTAN Sharafuddi­n menandatan­gani buku sambil disaksikan Ahmad Sarji (kanan) dan Sagiyah pada Majlis Pelancaran Buku Sagiyah Salikin: Tahu Menjaga Tuah di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
FOTO: AIZUDDIN SAAD SULTAN Sharafuddi­n menandatan­gani buku sambil disaksikan Ahmad Sarji (kanan) dan Sagiyah pada Majlis Pelancaran Buku Sagiyah Salikin: Tahu Menjaga Tuah di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia