Harian Metro

PAS kaji untung rugi politik

-

Shah Alam: PAS menyatakan cadangan satu lawan satu di antara blok pembangkan­g dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan memberi kelebihan kepada orang bukan Islam.

Presidenny­a Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu masih mengenal pasti segenap aspek sebelum membuat sebarang keputusan.

“Mungkar politik lebih parah daripada lakukan rasuah. Sebab itu, cadangan satu lawan satu menentang BN jangan dilihat atas kertas saja, tetapi lihat juga di bawah (kertas). Kita semua kena tahu di sebalik perkara ini.

“Ketika ini, dalam blok pembangkan­g hanya ada 39 kerusi dimiliki Ahli Parlimen Islam manakala 50 kerusi milik Ahli Parlimen bukan Islam. Sebab itu teori satu lawan satu ada memberi untung dan ada juga menjahanam­kan PAS, tetapi hakikatnya orang Melayu dan Islam tidak mahu berubah dan masih sokong BN,” katanya ketika menjawab pertanyaan wakil badan bukan kerajaan (NGO) berhubung keputusan PAS sama ada mahu sepakat di dalam pakatan pembangkan­g untuk satu lawan satu atau bersendiri­an dan menghadapi tiga penjuru ketika PRU-14 kelak ketika Majlis Dialog dan Minum Petang bersama Presiden PAS di sini, semalam.

Abdul Hadi berkata, PAS mengulangi pendirian sedia bekerjasam­a dengan mana-mana parti politik pada PRU-14 dengan syarat parti itu mesti mendokong perjuangan berlandask­an Islam.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) mesti disokong semua umat Islam.

“Seperti mereka (bukan Islam) bersatu menentang RUU 355, kita umat Islam pun mesti bersatu demi agama,” katanya.

RUU 355 dibentangk­an Abdul Hadi di Dewan Rakyat pada 24 November lalu dan akan dibaca buat kali kedua dalam persidanga­n selepas ini pada Mac depan.

 ??  ?? ABDUL Hadi (kiri) pada Majlis Dialog dan Minum Petang bersama Presiden PAS, semalam.
ABDUL Hadi (kiri) pada Majlis Dialog dan Minum Petang bersama Presiden PAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia