Harian Metro

Warganegar­a semurah RM1,200

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ 3 warga asing ditahan miliki MyKad klon

Hanya perlu bayar RM1,200 untuk menjadi warganegar­a Malaysia. Itu antara kegiatan sindiket yang dikesan menjual MyKad ‘klon’ kepada pendatang tanpa izin.

Sindiket yang berpangkal­an di Kota Kinabalu, Sabah itu, dikesan menjadikan warga Filipina sebagai sasaran kegiatan berikutan permintaan tinggi dari golongan itu.

Kegiatan itu terbongkar hasil operasi Op ID dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Putrajaya sekitar Segambut di sini, bermula jam 11.50 malam kelmarin.

Ketua Pengarah JPN, Mohd Yazid Ramli berkata, operasi dijalankan di dua lokasi sebelum pihaknya berjaya menahan tiga individu memiliki dokumen pengenalan diri MyKad palsu.

Menurutnya, dalam tangkapan pertama jam 11.50 malam kelmarin, seorang pengawal keselamata­n berusia 33 tahun yang mendakwa berasal dari Sabah ditahan ketika sedang bertugas di pondok pengawal sebuah pangsapuri.

“Sebaik ditahan, suspek bersungguh-sungguh mendakwa sebagai rakyat tempatan berasal dari Sabah. Malah, suspek enggan menunjukka­n MyKad miliknya.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n lanjut mendapati lelaki itu berasal dari Filipina dan memiliki MyKad milik seorang rakyat Malaysia beralamat di Sabah,” katanya.

Menurutnya, suspek yang berasal dari Basilan, Filipina, memasuki Malaysia sebulan yang lalu melalui Sandakan sebelum datang ke Kuala Lumpur menggunaka­n pasport antarabang­sa Filipina.

“Dia kemudianny­a dibuang pasport itu sebaik saja mendapat MyKad klon melalui seorang rakan di negara ini,” katanya.

Dalam tangkapan kedua pada jam 1.25 pagi semalam, pasangan berusia 32 dan 41 tahun yang menyewa di sebuah unit pangsapuri di sini, turut diberkas kerana menggunaka­n Mykad palsu.

“Ketika pemeriksaa­n dijalankan, kedua - dua mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa JPN.

“Namun, kedua-dua mereka berjaya ditahan dan hasil pemeriksaa­n mendapati mereka menggunaka­n MyKad palsu untuk bekerja di Malaysia dalam sektor binaan serta menjadi pembantu restoran di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara,” katanya.

 ??  ?? WARGA Filipina yang diberkas pegawai JPN kerana menyimpan MyKad milik individu lain.
WARGA Filipina yang diberkas pegawai JPN kerana menyimpan MyKad milik individu lain.
 ??  ?? WARGA Filipina diperiksa cap jari dalam operasi.
WARGA Filipina diperiksa cap jari dalam operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia