Harian Metro

Bayar RM357,500

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

„ Mahkamah perintahka­n polis, Kerajaan Malaysia beri ganti rugi kepada keluarga pemandu lori mati dalam lokap

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memerintah­kan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi RM357,500 terhadap keluarga seorang pemandu lori, P Chandran, 47, yang mati di dalam lokap akibat kecuaian polis, empat tahun lalu.

Hakim S Nantha Balan membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Koroner Ahmad Bache sebelum ini bahawa kematian mangsa boleh dihalang jika polis menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab mereka.

“Pada pendapat saya, jika pegawai dan anggota yang memantau kamera litar tertutup (CCTV) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalanka­n tugas, mereka akan nampak ada sesuatu tidak kena pada si mati pada pagi kematianny­a itu (10 September 2012).

“Mereka sepatutnya menyiasat dan menghantar si mati ke hospital seperti mana tertakluk pada Peraturan Lokap 1953. Bagaimanap­un mereka melepaskan tanggungja­wab dan hanya bertindak ‘mencuci tangan’ dalam perkara ini,” katanya.

Beliau memutuskan bahawa jawapan yang diberikan oleh anggota yang memantau lokap bahawa adalah menjadi kebiasaan di dalam tahanan untuk tidur sepanjang masa sebagai tidak boleh diterima dalam keadaan itu.

“Ya, memang benar ia mungkin normal untuk tahanan tidur sepanjang masa tetapi di dalam kes ini, si mati dilihat menjerit dan berkelakua­n tidak normal sebelum dia dihantar ke lokap. “Berdasarka­n gambar yang dikemukaka­n boleh dilihat si mati berada di dalam beberapa posisi berbeza dalam keadaan tertekan dan kesakitan sebelum dia baring dan tidur selamanya,” katanya.

Hakim Nantha juga berpuas hati bahawa pemohon di dalam kes itu, iaitu N Selvi dan C Rita (isteri dan anak si mati) berjaya membuktika­n bahawa semua defendan melanggar tugas dan cuai sehingga menyebabka­n kematian mangsa.

Mahkamah juga memerintah­kan semua defendan membayar kos RM50,000.

Mangsa ditahan pada 6 September 2012 bersama tiga lagi selepas didakwa terbabit dengan penculikan bayi baru dilahirkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Chandran yang meninggalk­an seorang balu dan enam anak menghidap tekanan darah tinggi.

Mangsa meninggal pada 10 September 2012 akibat serangan jantung selepas didakwa tidak diberi ubat sepanjang berada di dalam tahanan. Mahkamah Tinggi, semalam menetapkan 17 Februari ini bagi pengurusan kes saman fitnah Pengerusi Bersih 2.0 terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunos.

Peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Maria ketika dihubungi mengesahka­n bahawa tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab selepas kes disebut semula di kamarnya.

Melissa berkata, pihaknya baru menerima kertas cadangan bagi penyelesai­an secara baik daripada pihak Jamal dan akan mendapatka­n maklum balas daripada anak guamnya.

Peguam Mohammed Nasser Yusof hadir bagi mewakili Jamal.

Mahkamah sebelum ini mencadangk­an kes saman itu diselesaik­an secara baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia