Harian Metro

‘Tolong jangan apa-apakan kami’

-

“Kalau nak gelang dengan rantai emas ambillah, jangan apa-apakan kami bertiga,” itu rayuan seorang suri rumah yang mengandung lima bulan selepas diserang lima penjenayah berparang.

Kejadian berlaku ketika mangsa berada di kediamanny­a di Taman Sri Gombak, di sini, jam 11.30 pagi semalam.

Tambah mencemaska­n apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah, 27, turut mendukung anak sulung berusia satu tahun tujuh bulan.

Sarah berkata, kejadian itu berlaku ketika dia berjalan keluar dari rumah ibunya di taman berkenaan berikutan kenderaann­ya diparkir agak jauh.

“Tiba-tiba muncul tiga motosikal dinaiki lima lelaki dari belakang. Mereka kemudian berhenti sebelum mengacukan parang.

“Saya terpaksa akur dengan arahan mereka sebelum menyerahka­n rantai dan gelang emas bernilai hampir RM5,000,” katanya.

Menurutnya, dia ketika itu lebih bimbang keselamata­n anaknya itu.

“Nasib baiklah mereka tidak mencederak­an kami. Apa yang lebih penting kandungan saya selamat,” katanya yang sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sejurus kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi berkata, polis sudah mengenal pasti kumpulan terbabit dan tindakan memburu mereka sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, terdapat satu lagi kes berasingan di lokasi sama membabitka­n seorang suri rumah berusia 37 tahun.

“Modus operandi agak sama iaitu mengacu parang sebelum menyamun barang kemas milik mangsa.

“Dalam kejadian itu, tiga utas rantai leher dan dua rantai tangan serta beberapa barang berharga dilarikan suspek. Semua kerugian dianggarka­n bernilai RM14,000,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia