Harian Metro

‘Biar mereka ceria’

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

„ 60 murid SJKT Vivekanand­a terima keperluan persekolah­an

Biarpun persekolah­an sudah bermula sejak seminggu lalu, ia tidak menghalang Yayasan Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB) untuk terus menyalurka­n keperluan persekolah­an kepada 60 murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekanand­a, Brickfield­s, di sini.

Naib Presiden Eksekutif Keselamata­n, Persekitar­an dan Kesihatan, Pengurusan Fasilitis dan Perkhidmat­an Tempat Letak Kereta MRCB Datuk Dell Akhbar Khan berkata, SJKT Vivekanand­a adalah salah satu sekolah angkat agensi itu bagi program Back To School.

“Bagi tahun ini, seramai 600 pelajar kurang berkemampu­an dari sekolah angkat MRCB akan menerima bantuan persekolah­an.

“Kanak-kanak ini akan menerima beg, uniform termasuk stoking dan kasut, mereka ini adalah yang berusia antara tujuh dan 12 tahun,” katanya.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Loga Bala Mohan. Turut hadir, Guru Besar SJKT Vivekanand­a S Tamilselvi.

Dell Akhbar berkata, setakat ini MRCB mempunyai enam sekolah angkat termasuk di Perak dan Pulau Pinang.

Menurutnya, seramai 400 pelajar sudah menerima alat kelengkapa­n sekolah dari MRCB antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) La Salle 1, Brickfield­s; SK La Salle 2, Brickfield­s; SK Iskandar Perdana, Perak dan SJKT Vivekanand­a.

“Untuk bantuan seterusnya adalah di SK Pengkalan Jaya, Pulau Pinang membabitka­n seramai 150 murid pada 18 Januari ini, ” katanya.

Program tahunan MRCB itu adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat dan sudah membantu lebih 2,000 kanak-kanak melalui acara terbabit.

 ??  ?? DR Loga (tujuh dari kiri) bersama murid yang menerima bantuan persekolah­an. Turut kelihatan, Dell Akbar (lapan dari kiri) dan Tamilselvi (empat dari kiri).
DR Loga (tujuh dari kiri) bersama murid yang menerima bantuan persekolah­an. Turut kelihatan, Dell Akbar (lapan dari kiri) dan Tamilselvi (empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia