Harian Metro

YPC rancang siri program kecemerlan­gan

-

Kuala Lumpur: Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) merancang mengadakan beberapa siri program kecemerlan­gan bagi membantu pelajar terutama dalam subjek kritikal.

Fokus kepada sekolah angkat YPC, Pengerusin­ya Datuk Seri Syed Ali Alhabshi berkata, ia adalah cabaran yang perlu dihadapi yayasan berkenaan kerana sasaran untuk cemerlang dalam subjek kritikal bukan satu tugas mudah.

Katanya, ia juga selaras usaha kerajaan membantu murid-murid mempermuda­h pendaftara­n pada sesi persekolah­an awal minggu ini dan YPC juga tidak mahu ketinggala­n membantu mereka yang memerlukan.

“Selain itu, turut diadakan ialah program seminar khas untuk guru dan ibu bapa bertujuan menyebar luas maklumat dan info terkini berkaitan dasar pendidikan,” katanya ketika program Jamuan Bersama Sekolah Angkat YPC, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Datuk Fouziah Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif YPC Ismail Md Nor.

Syed Ali berkata, sekolah angkat YPC diwujudkan sejak beberapa tahun lalu menjadi medium memperkasa­kan pendidikan menerusi Kolej YPC bagi membantu murid dan pelajar.

“Kita harus mengambil peluang membantu sebanyak mungkin anak-anak ini kerana mereka ada potensi yang boleh dibentuk untuk menjadi generasi cemerlang sebagai pelapis pimpinan masa hadapan.

“Jadi, dengan kepakaran yang ada berdasarka­n keupayaan tenaga kolej, saya rasa banyak manfaat akan diperoleh nanti, apatah lagi ketika masyarakat moden era globalisas­i berdepan dengan pelbagai cabaran semasa hari ini,” katanya.

 ??  ?? SYED Ali bersama guru sekolah angkat YPC.
SYED Ali bersama guru sekolah angkat YPC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia